Thursday, August 22, 2013

.UiTM SHAH ALAM.

Alhamdulillah,akhirnya saya diterima oleh pihak universiti untuk sambung belajar di peringkat ijazah. :)
UiTM Shah Alam - Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Kimia. Fakulti Sains Gunaan.
1/9 ni saya akan lapor diri di sana.
Ya,tak sabarnya rasa. hehe. Siapalah roomate baru saya,siapalah coursemate sy. Haihhhh,mudah-mudahan semua berjalan dengan lancar,aaminn. :) alhamdulillah classmate sy 2 orang di tempatkan uni yang sama,tp course lain,course Sains Fizik. hehe.
Akhirnya kimia ditakdirkan bersama dengan saya. So,kena selongkar balik nota-nota kimia. haha.. Organic Chemistry semestinya mencabar,banyak gila nama anak beranak dia kena hafal. hoho..
Kimia actually it experiment is really interesting and a little bit dangerous because our life as chemist students are surround by chemical product. haha. haaa,speaking ko!
time kt KMJ dulu pun time experiment kimia ada je yang pecah,test tube lah,macam-macam lah. hehe. bahaya tapi seronok. hehe. time organic experiment,macam2 warna dan bau ada. hehe.
I LOVE CHEMISTRY. :)

Selamat tinggal dunia perubatan~ =') Welcome Chemistry. hehe..




 

Menghitung hari utk daftar di Kolej Mawar. haihh wangi betul kolej kediaman sy,hakhak. hehe.
:)
~missdoraemon

Saturday, August 3, 2013

.TEMPAT KERJA.

haa,hari ni dah masuk 2 bulan lebih kerja di kedai baju. Fuhhh.. ada orang kata kerja kedai baju rilek je,tunggu customer datang then serve. hah! Bukan itu sahaja kerjanya,macam-macam kerja kena buat,siap ada jadual lagi. Sungguh dahsyat. Lagi satu yang tak tahan kena berdiri sepanjang hari kecuali rehat. hahaha. Kedengaran seperti sangat kejam,muahahaha! Dah itu polisi kedai tersebut. Puihh!
Jadualnya yang saya perasaan.

Ahad : Sapu kotak. (Alihkan baju/seluar,ikut bahagian yang kita jaga,lepas tu sapulah yang tempat letak baju/seluar tadi then lipat balik baju/seluar tadi. haa,hari Ahad lah palinggg tak suka. huhu. Lepas tu dah siap lap air-cond. fuhhh! )

Isnin : Basuh baju. ( Kalau ada baju macam berhabuk sikit,kena basuh sikit2,guna tangan,guna mesin basuh habis kembang baju nanti,huhu. Time jemur nak memerah kain,kalau nipis2 ok lagi ni yang tebal2,huhu)

Selasa : Gosok baju. ( Haa,dah basuh mestilah gosok kan,perah pakai tangan kot,mesti banyak kedut-kedutan pada baju tu. Gosok-gosok,jangan tak gosok~ haha)

Rabu : Tampal kod harga pada barang. ( Selalu bos pergi office hari selasa. Amik stok baru. Dah sampai kena tampal2 lah harga semua barang-barang ni. )

Khamis :  Lap hanger. ( Kedai betul-betul tepi jalan besar,memang berhabuk jelah. Jalan tu kalau kereta lalu-lalang je tak pe,ni lori pasir,lori simen,haha. Semua ada. Memang tiap2 minggu kena buat kerja yang sama jelah. )

Jumaat : Cuti (Saya jelah,hihi. Cuti bergilir-gilir,ada yang cuti hari Rabu,Khamis)

Sabtu : Tukar baju display. (Tukar baju yang gantung2 kat depan tu dan baju2 patung. hahaha. Tukar baju patung yang tak leh bla nya. Kadang tukar baju sampai cakap,alalala anak mak,hari ni tukar baju baru eh. haha. )

Wan. Rindu kat Wan taw. :)
Macam kerja kedai dobi pulak ek. haha. ya begitulah rutin seharian selama 2 bulan saya kerja part time. hmm,oklah,janji dapat gaji. ^^ Tak lama lagi lepas ni dah sambung belajar balik dah. Mulalah hidup busy sebagai seorang student. hehe.. :) insyaallah. so hari ni last sy bekerja di sini,sebab 1/9 dah lapor diri di universiti. ^^
Ayu. hehe. :)



Bersama Kak Iffah
sampai sinilah dulu sy bercerita,nanti sambung lagi. hehe.. :)

~miss doraemon