Assalamualaikum semua. wahh lamanya tak menulis. haha.. Rasa cam terkurung je,padahal baru je beberapa minggu di sini. Sebenarnya rindu kat family. huhu. Mama,nak balik. haha.. Tak pe,tak pe. Asyrah kena kuat k,jangan nak mengada-ngada. Be an independent person,insyaallah. First dulu sebelum bergelar mahasiswi UiTM Shah Alam,macam biasalah,kena lalui MDS (Minggu Destini Siswa). Um,macam minggu orentasi gitulah yang berlangsung selama 6 hari. hoho. Aktiviti dia not bad lah,tak cukup tidur tu biasalah,kadang makan pun tercekik ko. huhu. Seriously,rindu kat akak-akak fasilitator yang jaga anak-anak buahnya di Kolej Mawar,garang comel gitu. hehe. Papehal pun dapat sembang-sembang kejap pun jadilah. huhu. Then rasa berani gila bila,akak ni tanya, " Siapa nak jadi Ketua Aras 00?" haha. Secara automatik tangan ni terangkat,haha. Boleh gitu eh. So ke depan then perkenalkan diri,secara rasmi jadi Ketua Aras Blok 1B,untuk minggu ni je. Kerja-kerja dia,untuk kejut budak-budak ni je,untuk datang tepat pada masanya. huhu. Kita ni ak marah-marah tak pandai. huhu. Kang marah kang,jadi len nanti. huhu. Hari terakhir MDS,sebak sebenanrnya. Entahlah,pastu pasang lagu sedih-sedih. Sabar jelah. haha. Sebak jelah,tak nangis pun. huhu. 9/9/2013,bermulalah kehidupan dengan kesibukan di Fakulti Sains Gunaan.

Nak cerita fakulti saya nih,wahhhh! Yang penting fakulti ni memang sesuai sangat untuk buat aktivit explorace. Penuh dengan tangga,berbukit-bukau,naik turun boleh kurus wooo. haha. Penat sikitlah nak naik ke kuliah semua,nak kena bertarung tenaga naik tangga yang lebih kurang cam tangga Batu Caves gitu kot,kalau kira. Buat masa ni,tak de masa nak kira-kira. haha.. Naik je dulu. Pusing-pusing,hari first nak pergi hantar fail pendaftaran,kerani tu kata,dah boleh tengok jadual,masuk kelas. What?! Masuk kelas. haha.. Sangat terkejut,cari punya cari,tak jumpa kelas,sesat adalah. haha. Last-last skip first class. Nampak tak mula-mula dah pandai dah skip kelas ni,apa nih ha! hehe.. Dimaafkan pun. hehe. Rasa seronok juga,jalan sana-sini,panjat tangga sana sini. Tak pe,anggap setiap anak tangga yang kita naik,umpama kira sedang memanjat titian kejayaan di atas sana,setiap anak tangga yang kita turuni,anggaplah sebagai satu kejayaan yang kita perolehi dengan penuh rendah diri. hehe. insyaallah. Permulaan start stress dia,haa. Kat U semua pakai online,nak daftar subjek online,tutor online,test online,submit assingment pakai online. Gila lahh. haha. Dah nak pakai online,line wifi wat masalah,lepas tu ada masalah e-mail lagi,memang muka ni kt HEA je ha,samapai kerani dah kenal dah. hehe. Kelakar pun ada. Bila dah jadi masalah ni,nak daftar group saing dengan kawan-kawan memang tak boleh lah,setiap group ada kuota dia. huhu. Bila dah daftar amiklah kelas last sekali. Tak kesah lah kelas mana pun,sama je,yang penting sama course. hehe. 3 group yang lain tak si kumbang-kumbang ni. Kelas last sekali je baru ada si kumbang-kumbang ni. haha. Bayangkan dari 82 orang,8 orang lelaki sahaja. Tak apa,biarpun mereka menjadi minoriti dalam kalangan kaum wanita di institusi pengajian,namun mereka akan menjadi majoriti dalam semua aspek.Namun,wanita tetap menjadi majoriti dalam menjadi tunggak kepada kaum Hawa,insyaallah. =) hehe. yang penting nak teroka Shah Alam. haha.. UiTM Sentiasa Di Hatiku. ^^