Saturday, February 22, 2014

.RESULT.

Assalamualaikum semua. haihhhh macam dah lama je tak update kan blog ni,berhabuk! hahahaa. Setelah sekian lama berhempas-pulas untuk Semester 1 akhirnya habis. Fuhhhh! Syukur alhamdulillah untuk permulaan dapat Dean List. Walaupun tak power but not bad. I still can achieve my goal for the first semester. hahaha. Speaking pulak kn. hahahaa. Untuk semester pertama ni,pengalaman dia tak banyak sangat sebab macam duduk pun dalam kolej,sekadar nak kenal-kenal keadaan sekeliling Universiti yang sangat luas,jogging hari-hari In Sha Allah boleh slim uollssss. hahahaha. Untuk kuatkan stamina and so on. Kenal-kenal hati budi classmate,hahaha. *macam pelik pulak kenal hati budi. hahaha. I mean untuk berkenalan classmate untuk bersama hingga habis study lah. Buddy. hehehe. Alhamudlillah, my sweet friends which are 8 all of us always together until the of our degree and long lasting forever until Jannah,aaminn. ;)
Qyla,Eein,Linda,Fatin,Wani,Nabila. Photografer : Syue. 
Sem 1 nih,banyak subjek yang cam basic jelah, yang paling menarik perhatian Introduction To Economic. hahahaha. gilaaa laahhh,dh lah tak de basic,kena study, memang merangkak-rangkak nak fahamkan,sampai time hari Final untuk paper ni,tak boleh tidur start 12 am sampai ke pagi esok berdebar-debar. hahahaha. Nervous gila. Tak penah rasa macam ni. Exam paper ni petang sebenarnya,tu cam budget masa boleh kot tidur jap. Syukurlh subjek yang paling menakutkan ni Lulus,yang penting tak kena repeat. hahaha. Tp kan,bila kita study benda yang kita tak pernah study kan,dia jadi semangat lain macam,walaupun tal faham still nak fahamkan and sampai satu masa kita akan apply apa yang kita study lagi-lagi ekonomi kan memang sangat berkait dengan kehidupan seharian,sangat-sangat berguna. Luasnya Ilmu Allah. Sampai tak terlarat nak menelaahnya. Selagi berkesempatan study lah,amik peluang,walaupun sakit nak digest kasi faham. hahahaha. And the end of this first semester,I have to let go of my best friend to move to another campus because her faculty have to move to Jasin. Sedih dah tak de kawan paling rapat sejak matrik sampai ke U. Even kenal sekejap tapi keakraban dia susah sangat nak cakap. Apapun kita sayang sgt kt awk,Pika. Awaklah kawan memang 1 kepala lah,hahahaha. Semoga persahabatan kita kekal sampai bila-bila,aaminn. I will miss you. T_T . 
Sy n Pika. ;)
Sekian untuk semester 1. hahaha. Jumpa lg. hohoho~

Wednesday, February 12, 2014

.ROOMMATE.

Assalamualaikum. Alhamdulillah setelah satu semester bersama. Mereka merupakan roommate yg menemani sepanjang 1 semester di Kolej Mawar. Syukur alhamdulillah dengan pertemuan dengan mereka. Semakin lama kini meningkat dewasa,semakin luas pengalaman yang akan kita tempuh. Dengan mereka aku belajar 1 benda. Belajar meluahkan perasaan andai ada yang terpendam. Sebab seumur hidup aku,aku tak pernah luahkan apa yang aku rasa,terasa ke happy ke cam tu jelah. hahaha. lifeless tak,hahaha. I mean kalau aku happy aku gelak lah,kalau sedih aku diam jelah. hmmm gitulah.
Sejak dari matrik,1 tahun di sana aku tidur dalam keadaan yang berlampu. Sebenarnya,amat tidak menyenangkan,tapi aku faham keadaan roommate lagi sorang takut tidur dalam gelap. Takpelah kalau cam tu,tp kadang tak leh nak tidur gak cerah2 kan. So kenalah tunggu dia tidur dengan nyenyak then baru tutup lampu. Begitulah rutin di matrik. Bila naik degree dengan hajat roomate semua jenis tidur tutup lampulah. Then hahaha. Again, tidur juga dalam keadaan tidak tutup lampu sebab study lewat malam. 
1 hari terlepas cakap dengan kawan rapat dia cakap tiap2 hari tak boleh tidur sebab lampu yg besar tu tak tutup. Tengok dia pergi bagi tahu dekat kawan yang selalu tidur lambat tu. Adehhhhh,hahaha. Seumur hidup aku tak pernah2 cakap kt orang,takut dia marah ke apa ke kang. Tak bermaksud apa pun,. Tapi Alhamdulillah,roommate2 ku ini berfikiran terbuka. Duk berkumpul then cerita ada masalah apa sebenarnya. hehe. hmmmm rasa macam dengan family sangat. Susah senang sama-sama. Sama-sama saling faham,dia pesan apa-apa lain jangan pendam,tak baik untuk kesihatan. Boleh je cerita kalau ada yang buat tak selesa. Apa yang terpendam terpendam terluah akhirnya. Sebenarnya bila terpendam dia akan terbawa-bawa bila terpaksa lalui keadaan yang sama. hahaha. Aku okay je sape2 nak study,tak halang pun. huhuu.. Lepas tu dia teruskan jelah study lewat malam tapi tak buka dah lah lampu yang besar tu,buka lampu meja,sebab selama ni dia selalu study dekat ruang tengah. Terima kasih untuk semuanya. Sayang sangat dekat korang. Ada jodoh kita jumpa lagi,in sha allah. Walaupun 1 semester je kita duduk sama2,banyak sangat dah aku belajar at least something dari korang. Semoga Allah selalu melindungi kalian,aaminn. Muahh.

With Nisya,Sakinah,Hanim. :)