Sunday, June 10, 2012

.KMJ.


Assalamualaikum. Haihh. Tanggal 28 Mei 2012 hari tu. First time kena berjauhan dengan family selama tak sampai setahun pun. hee, Alhamdulillah sy telah mendapat tawaran untuk ke Kolej Matrikulasi Johor,Tangkak,Johor. Selama seminggu nih adalah minggu orientasi kami. Macam-macam jenis tepukan di ajar oleh akak-akak dan abang-abang fasi. Yang penting seronok. hehe.. Terbaik! Dalam minggu ni juga,kita akan tahu kita akan masuk Modul mana yang dipilih,tak berkenan boleh buat rayuan pertukaran ke Modul lain. 
Nama saya terletak dalam Praktikum MS4. Fasi Praktikum kami akak Nur Amira Hanis. sangat cute. :) Roughly,praktikum sy,diorang sangat sporting,kelakar. Kira time belajar tak da lah stress sangat,kalau straight je. Tepu kepala. haha. Mula-mula tak nampak lagi,dah lama nanti. hehe. Termasuklah yang menaip nih,haha. Macam-macam perangailah nanti keluar. Bersiap sedia jelah. haha. 
Macam-macam bendalah dengar,masuk matrik nih tension,semua nak serentak,bla bla bla dari dulu sampailah masuk matrik. hah! sekarang baru rasa penangannya. Mula-mula start class ok lagilah. Start masuk lab,lagi excited. Yang bertambah-tambah rasa getaran di kalbu kau. haha. Kena buat lab report,by your own. hah! huishh,kelam-kabut gak. Cari sana sini. Kerja tutorial tah ke mana,report tah ke mana. Rasa tak terurus pun ada gak. hihi. Baru nak sesuaikan diri,macam-macam hal lah. 
Dah lama-lama. Baru nampak masa mana nak meyelit pergi makan jp,terlelap jap,haha,siapkan kerja terbengkalai separuh jalan. Memang tak cukup tidur pun ada gak,tapi cari masa untuk cukupkan tidur. Tidur tak cukup memang jihad lah dalam kuliah,1 pun tak dapat apa,tertidur je nanti. huhu. 
KMJ. Boleh tahan besar gak lah tempat nih. Nice! Yang penting dekat dengan gunung,insyaallah akan selalu hujan. haha. Sejuk je rasa.. ^^ 

Depan HEP.







MS4

Sunday, May 13, 2012

.SAYANG.

Assalamualaikum,hee. Bulan lepas kita cerita pasal koop. Dalam koop d mesin fotostate. hehe. :P 2 3 minggu nih. Sayang meragam jeh. Tak tau ah pasai apa jadi lagu tu. Pagi-pagi buta cheq nak fotostate len keluarnya hitam je. Ni bukan fotostate namanya. Cam biasa biasalah call cikgu. 
"Cikgu,mesin d masalah cam mna? Hari fotostate tak d lah eh? hehe" 
"Arrr,yelah. Cakap je mesin rosak,nanti sy call orang yang repair tu ye." 
"Ok!"
hehe. wah,rasa ringan sikit kerja mesin rosak,tapi kesian kat budak-budak dengan cikgulah tak boleh fotostate. Alah,nanti ok lah tu. hihi.. 
"Kak,fotostate!" "Rosak sayang. Nanti eh." Untuk ke berapa kali ulang-ulang tak tahulah. Sampailah ada abang repair datang. "Abang" ko.. haha..
"Mesin kenapa nih. Bukan sy baru datang ke minggu lepas."
"Tak tahulah kenapa,pagi-pagi sy fotostate jadi cam ni,"tunjuk hasilnya. hah!
"Oh,tak pe tak pe nanti sy betulkan." Angguk jelah. Sambil-sambil tunggu susun air dalam peti sejukkan,susun biskut. Cam biasalah. 
Krikk krikkk.. 
Tak lama lepas tu datang pulak lori supplier air,makanan. hehe. Kerja kat koperasi memang makan apa yang ada dalam tu jelah,nak turun pergi kantin jauh sangat. Sini jelah tempat makan,rehat semua. hee~ Dah settle semua pasal supplier nih. Tak lama lepas tu siaplah repair mesin fotostate tu. huhu. Lama gak. Apa masalah tak tahulah. 
Mentang-mentanglah minggu ni last kerja kat sini,lagi beberapa minggu dah nak daftar Matrik,semua buat hal. Nak manja-manjalah tu konon. haha. Boleh gitu eh? huhu.. 
"Orang selalu dengan mesin nak pergi tu yang meragam je nih,huhu" Amboi,haha. 
"Macam-macamlah.. hehe." 
Yang sedih nya bila nak berhenti semua datang,
"Kak,akak nak pergi mana,janganlah pergi." Alahai budak-budak nih. hehe. 
"Akak tak g mana pun ada je lagi kat Johor nih. hehe. Boleh je nak contact akak kat facebook. Mesej je,insyaallah akak reply." :)) 
miss u all lah. tq Adik-adik yang bagi hadiahlah. hehe. comellah korang. kelakar pun ye. tq tq.. :))

With Chang Yi. :D

With Aw Yie Hui. :D

With them. ^^

Hee.. :)

~missdoraemon..

Wednesday, February 8, 2012

.KOPERASI.

Assalamualaikum,yah. hehe. Alhamdulillah,exam dah habis dah ! (Dalam hati menjerit nih!) Dah lepas SPM nak buat ape hah? Haha, goyang kaki,baring,golek-golek,tidur,bina perut,tu jelah kerjanya. Apa pun tak boleh. haha. Antara aktiviti tersenarai,hee~ 


  • PLKN (x) ~umm,maaf anda tidak terpilih. hehe.
  • outing dengan classmate 5SN1,5SN2,5ST. ~INSYAALLAH,ada rezeki kita pegi sme2 ea.
  • nk wt kek.
  • baca novel. ~Novel : Denyut Kasih Medik.
  • belajar bwa kereta. ~jika abah free. THEN amik lesenlah. scary. ^^
  • ingat nak kerja. ~KEDAI BUKU. hee.
Hah,yang last tu dah pergi siap isi borang,katanya "Nanti akak call eh," "OK!" :D hehe.
Last-last lama sangat,kebetulan Cikgu call. "Asyrah,awak busy tak sekarang? ingat nak suruh awak kerja kat koperasi sekolah kita. Tengah tak ada orang tu. Sy rasa awak boleh jaga sana,awak kan dah jadi PENGAWAS KOPERASI kat sekolah 2 tahun." Hah,tu dia. Fikir-fikir.
"Boleh lah cikgu,mana-mana pun boleh. hehe." Ok.
Budak-budak sibuk duk beli barang baru-baru,segala jenis nak baru,nak naik musim baru. haha. Kita pun join sekaki gak naik sekolah. Hari first kerja masa budak-budak nih naik hari first sekolah. Dressing cam biasalah kena pakai baju kurung. Sekali tilik dah macam cikgu dah tapi tak pakai nametag. Kihkih.
Naik tangga, "Assalamualaikum cikgu." Bagus,siap senyum lagi budak-budak nih. haha. Tak kenal ke apa. "Waalaikumusalam." hehe. Yang lepas jalan tuh,dengarlah. "EHHH!"  Tulah budak-budak ni selalu cakap. hehe. Kelakar pun ada gak. hehe. Comel ! ^^
Tima sssaaaannnngggaattt,climax time budak rehat. Fuh. Lemah semangat tengok budak-budak nih. "KKKaaakkkk," "Cciikkkggguuu," "Cik cik," haha. Macam nama panggil,nak tergelak pun ada gak time nak bagi barang. Mula-mula nak termuntah hafal harga barang-barang nih. Tangan tak ada calculator confirm terbang barang-barang nih. Banyak budak-budak ni beli,makan ke melantak tak tahulah. hehe.
Ada yang sopan sejuk hati nak melayan,ada kasar ada bagi makan penampar baru tahu,ada yang gatal tah leh bla,memang nak bagi kaki. haha. Jaga koperasi nih pun tak sorang-sorang. Adalah juga pengawas koperasi datang tolong. Kalau tak naya cheq nak jaga sorang-sorang. Ramai serbu datang nak beli tu beli ni,nk fotostate tu ini. Huihh! Port paling best fotostate,haha. Letak kertas nak fotostate tekan je tunggu keluar,habis cerita. hee. Jaga duit mestilah. Kalau short abislah!  
Paling sedih budak-budak nih,duk jerit-jerit pastu dah bagi barang reti lak diam. Lek lu boleh tak,bukan hang sorang je nak kena layan,tuh tuh banyak ag. Aduhai. Jerit cakap leklok tak pe gak,ni macam-macam ayat yang tak leh terima dek telinga lah. Berbisa tul! huhu..
Tapi kita sayang mesin fotostate I. Haha. Dialah yang selalu teman kat koperasi tu. Dengan dia lah merajuk,dengan dia lah marah-marah kalau kita tekan dia tak nak ikut,dengan dia lah senyum. haha. Rindu nak tekan-tekan dia. hihi.
Love u KOPERASI SMK PUTERI WANGSA. :))
Tempat kerja yang mengajar untuk melayan karenah manusia dari peringkat dewasa sampai budak-budak nih yang pelbagai ragam,baru sikit nih. Kat luar lagi mencabar. Wink wink. ;P insyaallah boleh! hehe. sekian..

~missdoraemon..

Wednesday, January 11, 2012

.HYE.

Assalamualaikum,hee. Dah lama dah saya buat blog,tapi baru sekarang nak update something. Huhu.. Saya jenis tak pandai sangat nak bercerita tapi sekadar perkongsian insyaallah boleh. hee :) Salam Ukhuwah semua.. 
K firstly,nama saya Asyrah Hani Binti Azhar. I'm Kelantanese person. Both my parents from Kelantan. ^^ Hee. 30 September 1994 tanggal saya dilahirkan di Hospital USM,Kubang Kerian,Kota Bharu,Kelantan. Sejak dari kecil memang banyak pengalaman lebih kepada berpindah-randak. haha. Dari Timur ke Barat ke Selantan at last. Pengalaman ni sangat memenatkan nak kena angkat segala barang-barang. Huhu. Tapi disebalik itu,banyaklah juga kenalan dari pelbagai negeri,boleh kenal budaya hidup di setiap negeri. Antara yang masih contact dari sekolah rendah di Kajang,Selangor dan Bangi,Selangor. Sekolah menengah di Nilai,Negeri Sembilan dan Ulu Tiram,Johor. Hee,semoga persahabatan kita kekal hingga dunia dan akhirat,you all just colour pencil that give full of colour to my white plain paper that I can't forget it for the rest of my life. :D ehehe.. 
Lepas dah lalui tarikh keramat budak-budak Form 5 selalu lalui,SPM. hee. Alhamdulillah dapat result yang bolehlaahh. hehe. Dan tanggal 28 Mei 2012 sepatutnya kena pergi test JPJ tapi tangguh sebab dah kena pergi daftar kemasukan pelajar sesi 2012/2013 Program Satu Tahun (PST) Modul 1 di Kolej Matrikulasi Johor. Alhamdulillah. Harap ni jalan yang terbaik. Amin.. Hee,sampai sini sajalah dulu pendahuluan saya untuk kali pertama update blog. hee, tq  
* http://www.facebook.com/asyrah.hani   *https://twitter.com/AsyrahHani

~missdoraemon. :)