Tuesday, May 28, 2013

.KERJA.

haihhhh,dah nak dekat sebulan dah meninggalkan KMJ,huhu. Bosannya,tak tahu nak buat apa,haha.terlebih rehat dah ni. Cari kerja.dah berapa borang isi,haha.
1. Kedai Buku - ni dari lepas habis SPM berangan nak kerja sini. haha.
2. 7-Eleven - haaa,"nanti manager call eh!" haha,sampai sekarang tak call call.
3. KGSK (Kump.Guru Simpanan Kebangsaan) - jadi cikgu ganti bersalin/sakit. hehe. CIKGU.
4. Kedai Kek SDS
5. Kedai jual-jual baju.

haha,isi lima,alhamdulillah dapat yang last sekali tu,hmm,boleh lah dari goyang kaki tak dapat duit apa-apa. huhu. Yang kedai buku tu dia ada panggil temuduga,huhu. Dalam hati dah berangan dah,wooo bestnya kalau dapat kerja kat situ,hehe. Pergi lah interview dengan kawan,dia pun dapat pangilan interview gak. hehe. Pergi sana,ramai juga yang kena interview,5 orang. huhu. Selalu kedai-kedai macam ni dia nak orang kerja lama dengan dia,tak nak sekejap-sekejap. Kita kan baru habis study so nak kerja sambilan lah sementara tunggu keputusan atau dapat mana-mana tawaran sambung belajar. hehe. Ni first time di panggil untuk interview. huhu. Dia tanya kita jawablah,hehe. Ayat dia yang last sekali,"ok,terima kasih,kalau ada rezeki awak kerja sini,saya akan call/mesej,kalau tak dapat anggaplah tak ada rezeki ye." Baik encik. hehe..
Okay,dah cakap macam tu tak kan nak mengharap lagi,memang kena cari kerja lain lah cerita nya. haha. Semua borang isi,mana yang sangkut panggil jelah,saya ok je,sebab memang tak ada buat apa. hehe. Minggu ni memang mendebarkan betul lah. Tunggu result Temuduga Ijazah Kedoktoran kt UKM,lepas tu nak test JPJ lagi,lagi gila. haha..
Test JPJ,alhamdulillah,LULUS. ni pun repeat,haha. Hari tu tak lepas,so GAGAL lah. hoho. Repeat alhamdulillah lulus,terketar-ketar tahan clutch,lama tak bawak kereta,sakit kaki nak wat tahan clutch.huhu. Yang temuduga tu,huhu,tak ada rezekilah nak jadi doktor. alahai. Dapat pergi ujian Tapisan Kemasukan  hari tu. hehe. Tak pelah,mungkin ada jalan lain. hehe. Semoga Allah memberi jalan yang terbaik untuk masa depan aku,aaminn. =)
so akan start kerja pada 9/6/13. hehe. habiskan sisa-sisa masa yang ada untuk berehat,lepas  ni dah kerja dah. hehe.. Tak lama lagi dah nak puasa. Jangan lupa ganti puasa keyh! ^^ hihi.

~missdoraemon

Tuesday, May 7, 2013

.GITAR.

haihhh,lama dah teringin nak belajar main gitar. huhu. sejak Form 3 tau. haha.. Sekarang dah 19 tahun. Berapa tahun lagi lah tunggu. haha.. suka sangat tengok orang main gitar,tak kesah lelaki ke perempuan. cam,WOW! hehe.. ingat dah habis matrik nanti nak beli gitar lah. hehe.. nak kerja lepas tu kumpul duit,baru beli. hehe.. ada kawan kat matrik,Dzu,dia sangat pandai main gitar,nyayi pun sedap jugak. Kenal dia pun dari roomate saya,Pika tu. hehe. diorang memang kawan rapat dari sekolah lago,so diorang memang rapat lah. hehe.. haa,time free free,ada masa lapang pergilah duduk kat tepi padang sambil tengok orang main bola,then dia petik gitar,saya dan Pika pun nyanyi lah. hehe..
Sumber : Google Image
Gitar Impianku. :)
hmm,sementara dapat beli gitar ni,ada juga lah search macam mana nak belajar,apa patut tahu,apa perlu buat. huhu. jadi banyak juga kot chord yang perlu tahu dan kena HAFAL. haha.. ada A major (A),A minor (Am),A sharp (A#) dan banyak lagi huruf-huruf nya. hehe.. haa,rasanya gitulah kot cara sebutnya. hehe. Kalau ada salah silap tegur,saya masih lagi dalam proses nak belajar. hihihi. Kalau nak belajar lebih lanjut boleh cari kat youtube : cumi1569 , haha. promote nih. mungkin segelintir orang tahu kot cumi ni siapa,hehe. so cari kat youtube untuk lebih faham. hehe.. saya pun belajar dari video yang beliau buat lah. hehe.. Terima kasih banyak-banyak cumi1569 untuk perkongsian video tutorial gitar itu. hehe.. :)
hee,mudah-mudahan ada rezeki nak beli gitar nanti,hehe. tak sabar nyaa! haha..

~missdoraemon

Wednesday, May 1, 2013

.SELAMAT TINGGAL.

"Dahulu aku keliru,hendak ke sana atau ke sini sahaja. Bila kata hendak ke sana,hatiku kuat mengatakan untuk pergi ke sini sahaja. Ya,mungkin ini jalannya. Dahulu aku gentar ingin menjejakkan kaki ke sini. Bimbang aku tak mampu. Kugagahi jua,demi impianku jua harapan keluargaku. Kini aku gentar ingin meninggalkannya. Kurindukan saat di sini,meskipun kusimpan jauh di sudut hati,aku tak ingin terlalu beremosi,kerana cukuplah mereka sahaja. Tapi aku telah memulakannya,jadi aku perlu mengakhirinya. Selamat tinggal KMJ. Terima kasih menjadi tempat persinggahan aku yang sementara. =')"
Habis je paper Fizik(1),hati barulah rasa sebak,walaupun sebelum dah ada rasanya tapi tahan,fokus untuk study dulu,touching-touching lain hari. haha. jahat tak? orang tanya sedih tak dah nak habis matrik? Hmmm,nada sedih je,tapi tak berapa respons sangat. Maafkan aku wahai teman,bukan aku ego untuk tidak menzahirkannya,tapi tahanlah dulu. Semua orang akan sedih akan perpisahan,lagi-lagi dengan orang yang selalu ada bersama dengan kita. 
Semua pelajar diarahkan untuk berkumpul ke dataran untuk berkumpul buat kali terakhir. Tahan punya tahan akhirnya berderai jua. huhu. Sedih tengok orang menangis. Sebak,Allah sahajalah yang tahu. Semoga ada jalan yang terbaiklah buatmu wahai temanku di KMJ. Aku pasti akan merindui kalian,terutama MS4,roomateku. Terima kasih untuk semuanya dan maafkan aku untuk segalanya. 
Lepas ini semua akan pergi meneruskan jalan hidup masing-masing,semoga Allah melindungi kalian semua ok. Kenangan itu tetap ada selagi kita mengingatinya. hehe..  Take care you all,I will miss every moment that we create in KMJ.