Wednesday, May 1, 2013

.SELAMAT TINGGAL.

"Dahulu aku keliru,hendak ke sana atau ke sini sahaja. Bila kata hendak ke sana,hatiku kuat mengatakan untuk pergi ke sini sahaja. Ya,mungkin ini jalannya. Dahulu aku gentar ingin menjejakkan kaki ke sini. Bimbang aku tak mampu. Kugagahi jua,demi impianku jua harapan keluargaku. Kini aku gentar ingin meninggalkannya. Kurindukan saat di sini,meskipun kusimpan jauh di sudut hati,aku tak ingin terlalu beremosi,kerana cukuplah mereka sahaja. Tapi aku telah memulakannya,jadi aku perlu mengakhirinya. Selamat tinggal KMJ. Terima kasih menjadi tempat persinggahan aku yang sementara. =')"
Habis je paper Fizik(1),hati barulah rasa sebak,walaupun sebelum dah ada rasanya tapi tahan,fokus untuk study dulu,touching-touching lain hari. haha. jahat tak? orang tanya sedih tak dah nak habis matrik? Hmmm,nada sedih je,tapi tak berapa respons sangat. Maafkan aku wahai teman,bukan aku ego untuk tidak menzahirkannya,tapi tahanlah dulu. Semua orang akan sedih akan perpisahan,lagi-lagi dengan orang yang selalu ada bersama dengan kita. 
Semua pelajar diarahkan untuk berkumpul ke dataran untuk berkumpul buat kali terakhir. Tahan punya tahan akhirnya berderai jua. huhu. Sedih tengok orang menangis. Sebak,Allah sahajalah yang tahu. Semoga ada jalan yang terbaiklah buatmu wahai temanku di KMJ. Aku pasti akan merindui kalian,terutama MS4,roomateku. Terima kasih untuk semuanya dan maafkan aku untuk segalanya. 
Lepas ini semua akan pergi meneruskan jalan hidup masing-masing,semoga Allah melindungi kalian semua ok. Kenangan itu tetap ada selagi kita mengingatinya. hehe..  Take care you all,I will miss every moment that we create in KMJ. 

No comments:

Post a Comment