Sunday, March 9, 2014

.KEM ETIKA.

Assalamualaikum. hihi. Okay kali entry pasal first aktiviti as Junior SUKSIS. haha. Aktiviti dia Kem Etika dekat Sekolah Latihan Kontinjen Kedah,Kuala Muda,Sg. Petani,Kedah. Yahhhh. First time okay g Kedah. hahaha. Basically kem ni more to nak kenal-kenal antara satu sama lain dalam satu skuad. Sebab kami ada 70 orang dan setiap sorang mesti kena kenal. haha. So banyaklah aktiviti yang dijadualkan selama seminggu kt sana.

Bila sampai je dekat sana,En Azhar yang in charge kami di sana. Kalau tengok muka dia memang garang laa,tapi bila dah lama-lama memang kelakar . huhu. Dalam aktiviti ni Ketua Skuad kena pilih ahli jawatankuasa untuk program ni. Pilih punya pilih aku kena jadi Setiusaha pulak. haha. Aku dari sekolah menengah memang asyik jadi setiausaha je. Tak tukar-tukar. Masuk U pun kena jadi lagi. Huhu. Tapi masa tu memang kena siapkan macamlah. Kena siapkan dua buku laporan,lukisan untuk dikepilkan sekali dalam laporan untuk setiap aktiviti yang berlangsung masa tu. Masa amat singkat.  Nak kejar siapkan kerja berkumpulan lagi. Memang tidur lambat lah sebab mesti kena siapkan. huhu. Setiap pergerakan kami di didik harus berkawad dan dalam kumpulan.

Antara aktiviti yang dijalankan,semua kena susun kerusi dalam bentuk U,Melukis Topeng,Tiup Belon,Latihan Kerja Berkumpulan. Dlm LDK tu ada lagi aktiviti dia. haha. Sangat banyak. Ada 4 group kena buat dan aku dalam Group Nova. Cheyhh nama. haha. Ada 1 aktiviti berkumpulan kena buat apa tau,kena menyanyi sorang-sorang dekat depan. Weiiiii. hahaha. Masa tu memang pack dengan kena siapkan laporan,kumpul lukisan,nak cipta lagu bertemakan Aku dan Perubahan. hahaha. So last last aku pun nyanyi lagu Kau Ilhamku tapi ada lirik tukar-tukar lah. haha. Tak tahu nak buat macam mana,tak sempat. Segan yang amat kena nyanyi sorang-sorang. huhuhu. Maluuu. huhu.

Hari terakhir dekat sana ada sedikit jamuan untuk jurulatih sebelum penutup. Masing-masing duk berkaraoke. haha. Aku memang penat kena siapkan report tu. Aku just memeriahkan majlis dekat belakang sambil makan dan bersembang dengan En Yeob. Dialah jurulatih dekat Kedah yang banyak tolong ajar macam mana nak buat laporan,then En Khalid lak sikit-sikit bagi idea untuk buat kad jemputan kecil-kecilan,sebab jamuan biasa-biasa je. hehe. Walaupun aku dah pernah jadi S/U tapi masa sekolah bukan semuanya kita yang buat,cikgu yang tolong buat. Ni aku semua kena buat. hahah. Ya Allah banyak sangat pengalaman. Bila dalam keadaan macam tu,aku belajar macam mana nak handle banyak benda dalam 1 masa. Memang kekok tapi sedikit sebanyak aku belajar. Best best. hehehe. :)



Friday, March 7, 2014

.SEMESTER 2.

Assalamualaikum, ya. Selamat kembali ke semester baru. Semester ke 2! hahaha. Selamat tinggal sem 1. fuhhh. Okay sem ni macam tough sikit sebab dalam 1 minggu ada 4 lab okayy. hahha. Gila lahh tiap2 minggu kena settelkan lab report and jotter for each subject yang ada lab. Tu belum campur nk buat assignment,test,quiz and so on. haha. Memang sangat pack. Huhu..
Sem ni pulak kena belajar programming. hahahaa. Masya-Allah rasa nak bernasyid bila tengok. Dah lah tak da basic. Memang awal2 rasa nak menangis nak bagi faham,nak kena hafal dia punya format nak buat program,ingat senang ke. Memang tabik lah sapa yang boleh score benda ni. Memang otak komputer laahh. hahaha. Aku tolonglah,guna pandai aaa,nak reka2 memang tak lahh. Tak de idea nak berfikir cipta benda2 baru ni. hahaha.

Subjek business sem ni marketing. Umm,subjek ni memang time presentation kena semangat lah sebab nak promote product kan. Nama lagi nak market. haha. Subjek ni cam kena banyak berfikir macam nak market barang semua. Pun cam susah gak nak berfikir. Aku tak pandai nak promote barang ni. hahah. Kalu aku jual barang yang kena banyak promote memang ke laut aa cite dia. hahaha. Aku tak suka nak cerita2 kat orang pasal then suh orang beli. Kalau diorg nak beli diorg datang lah. hahaha. Memang kena reject lah orang macam aku ni kalau kerja dekat Department Marketing. hahahah. Aku kerja2 buat report okay lah,boleh layanlah. hehehe.

Untuk subjek chemistry yang 4 tu. Mana yang ada tanda I kat belakang tu. Kot2 lah cam xlulus. Memang kena repeat,sebab dia akan sambungan dia untuk next semester. Kalau subjek tu setahun sekali ke ada. Lagi sakit. Kena lepaskan 1 sem untuk repeat subjek ni then baru boleh sambung yang bahagian ke II. huhuhu. Mintak di jauhkanlah. Semoga semuanya ikut seperti dalam plan. Aaminn. :)

Aktiviti SUKSIS untuk semester ni, akan ada latihan menembak Revolver. hahaha. Menembak betul weeiiii,tak de cubaan. hahaha. Asal lulus sudah lah. hahaa. Then ada KEM PGA (Pasukan Gerakan Awam). Lepak dalam hutan semua tu. huhu. Then hujung sem ni kena jaga Majlis Perlantikan ISP KOR SUKSIS. Mana-mana pelatih yang telah tamat latihan SUKSIS selama 3 tahun akan dilantik sebagai Inspektor. WAAA! hahaa. Sambil study pun boleh dapat pangkat tau. Seronok dapat masuk badan beruniform time Universiti. Nanti buat2 Junior yang baru masuk jomlah join SUKSIS. Tak rugi tau. Masuk ni bukan semata-mata untuk jadi polis je,tapi cari pengalaman then tetap boleh teruskan dengan minat masing-masing. Tak ada paksaan pn semua wajib jadi polis. hehehe. Yahhhh selamat menjalani semester ini Asyrah! :)

Semester 2 :
1. CHM421 Analytical Chemistry
2. CHM456 Organic Chemistry I
3. CHM471 Physical Chemistry I
4. CHM474 Inorganic Chemistry I
5. CSC425 Introduction To Computer Programming
6. PDM121 Voluntary Police
7. MKT410 Introduction To Marketing