Assalamualaikum. hihi. Okay kali entry pasal first aktiviti as Junior SUKSIS. haha. Aktiviti dia Kem Etika dekat Sekolah Latihan Kontinjen Kedah,Kuala Muda,Sg. Petani,Kedah. Yahhhh. First time okay g Kedah. hahaha. Basically kem ni more to nak kenal-kenal antara satu sama lain dalam satu skuad. Sebab kami ada 70 orang dan setiap sorang mesti kena kenal. haha. So banyaklah aktiviti yang dijadualkan selama seminggu kt sana.

Bila sampai je dekat sana,En Azhar yang in charge kami di sana. Kalau tengok muka dia memang garang laa,tapi bila dah lama-lama memang kelakar . huhu. Dalam aktiviti ni Ketua Skuad kena pilih ahli jawatankuasa untuk program ni. Pilih punya pilih aku kena jadi Setiusaha pulak. haha. Aku dari sekolah menengah memang asyik jadi setiausaha je. Tak tukar-tukar. Masuk U pun kena jadi lagi. Huhu. Tapi masa tu memang kena siapkan macamlah. Kena siapkan dua buku laporan,lukisan untuk dikepilkan sekali dalam laporan untuk setiap aktiviti yang berlangsung masa tu. Masa amat singkat. Nak kejar siapkan kerja berkumpulan lagi. Memang tidur lambat lah sebab mesti kena siapkan. huhu. Setiap pergerakan kami di didik harus berkawad dan dalam kumpulan.

Antara aktiviti yang dijalankan,semua kena susun kerusi dalam bentuk U,Melukis Topeng,Tiup Belon,Latihan Kerja Berkumpulan. Dlm LDK tu ada lagi aktiviti dia. haha. Sangat banyak. Ada 4 group kena buat dan aku dalam Group Nova. Cheyhh nama. haha. Ada 1 aktiviti berkumpulan kena buat apa tau,kena menyanyi sorang-sorang dekat depan. Weiiiii. hahaha. Masa tu memang pack dengan kena siapkan laporan,kumpul lukisan,nak cipta lagu bertemakan Aku dan Perubahan. hahaha. So last last aku pun nyanyi lagu Kau Ilhamku tapi ada lirik tukar-tukar lah. haha. Tak tahu nak buat macam mana,tak sempat. Segan yang amat kena nyanyi sorang-sorang. huhuhu. Maluuu. huhu.

Hari terakhir dekat sana ada sedikit jamuan untuk jurulatih sebelum penutup. Masing-masing duk berkaraoke. haha. Aku memang penat kena siapkan report tu. Aku just memeriahkan majlis dekat belakang sambil makan dan bersembang dengan En Yeob. Dialah jurulatih dekat Kedah yang banyak tolong ajar macam mana nak buat laporan,then En Khalid lak sikit-sikit bagi idea untuk buat kad jemputan kecil-kecilan,sebab jamuan biasa-biasa je. hehe. Walaupun aku dah pernah jadi S/U tapi masa sekolah bukan semuanya kita yang buat,cikgu yang tolong buat. Ni aku semua kena buat. hahah. Ya Allah banyak sangat pengalaman. Bila dalam keadaan macam tu,aku belajar macam mana nak handle banyak benda dalam 1 masa. Memang kekok tapi sedikit sebanyak aku belajar. Best best. hehehe. :)
No comments:
Post a Comment