Tuesday, April 29, 2014

.MENARI.

Assalamualaikum. haaa lai lai lai. hahaha. Menari eaa? Agak-agak sy pandai ke menari. hihi. Sebenarnya minat sangat dengan menari. Tak tahulah kenapa. Memang pantang dengar lagu badan,tangan,kaki semua nak gerak-gerak. haha. Firstly,mula berjinak-jinak dengan menari ni masa sy Tingakatan 1,tahun 2007 masuk untuk persembahan tarian untuk Hari Guru di SMK Tmn Semarak,Nilai,Negeri Sembilan. Masa ni memang tiap-tiap petang akan pergi dekat rumah kawan untuk training. hahaha. Masa tu menari lagu Siti Nurhaliza - Ya Maulai.

2014
Then lepas tu sy dah kena pindah sekolah di Johor. Tapi dah pindah tetap teruskan lagi minatnyaa. hahaha. Masuk pulak pertandingan menari masa Tingkatan 2 tahun 2008 dulu,wakil Daerah Johor dari SMK Puteri Wangsa,Ulu Tiram Johor. Then,masuk ni yang mengajarnya dari Kelab Tunas Budaya. So secara tak langsung join lah kelab tu. Hmm menari kali ni ada 2 genre. 1 tradisional dan 1 etnik. Yang tradisional dia lupa dah lagu dia apa benda. hahaha. Dah lama sangat,berkepul nak ingat balik. Yang etnik tu,yang sy ingat dia kena menari etnik belah Sabah Sarawak sana. Main d ketuk-ketuk buluh. Seronok! heheh. Ni lah first time masuk menari tau. Lepas tu kebetulan tahun tu juga ada pemilihan untuk buat persembahan Citrawarna Peringkat Antarabangsa kt Dataran Johor. Memang teringin nak pergi,dan lepas pemilihannya. Menari ramai-ramai,ada budak-budak semua. Selalu menari pakai kaki ayam ja,tapi masa Citrawarna ni kena pakai high heels ko. hahaha. Memang duk practice dengan heels tu jelah,kang tergolek depan-depan Orang Besar buat malu je. haha. Tapi seronok-seronok pun 1 je rasa cam tak sedap bila join. Masa kena buat persembahan ni, kena buka tudung. Seumur hidup lepas baligh tak pernah pun buka tudung di khalayak ramai,tapi bila dah join sekali tu jelah tak pakai tudung. Rasa sangat-sangat awkward sangat. Bila angin tiup-tiup geli bila tak pakai tudung. huhu. Tulah pertama dan terakhir masuk menari bila tahu kena tak pakai tudung masa persembahan. Nenek pun masa tu tak izinkan menari semua. Jadi dah tak join dh.

Bila dan masuk Universiti,join SUKSIS,tahun 2013. SUKSIS UiTM Shah Alam ni dia terkenal dengan Kelab Tarian nya. Nama kelabnya SUKSIS Seni Kreatif,Tarian dan Artistik. Haaaa panjang ko. haha. Tanya mak boleh tak nak join,time free turunlah training dia. Hmm boleh je,janji pakai tudung. Oklah semua persembahan pakai tudung bukan macam masa dulu. Sebenarnya join sebab minat dan nak keluarkan peluh. Nak pergi jogging pusing 1 taman sampai kesudah tak pergi. Hahaha. Baik menari,keluar juga peluh. huhu. So join lah balik menari setelah sekian lama tinggal. hehe. Pernah buat persembahan untuk Majlis Di IPK Selangor tahun lepas. hehe. Seronok sangat. hihi. Menari dengan 2 buat lagu, Lagu Selamat Datang dan Tarian 1 Malaysia. ;)


Sunday, April 20, 2014

.KEM PGA.

Assalamualaikum semuaa. hihi. Kali ni nak update pasal aktiviti SUKSIS untuk Semester 2. Yipiiiiee. Kali ni aktiviti buat dekat Kem PGA,Tupah,Bedong,Kedah. Seramai 33 orang lelaki dan 34 orang perempuan dari Skuad 10 UiTM Shah Alam selama 5 hari 4 malam. Teringat dulu,teringin sangat nak pergi jalan-jalan ke Utara. Tak sangka bila terpilih dapat masuk SUKSIS ni boleh pergi berjalan ke Utara. hahaha. Ni second time pergi ke Kedah.

Aktiviti kali memang betul-betul menguji ketabahan,kecekalan jiwa dan raga,minda,perasaan semua ada. hahaha. Memang dahsyatlah latihan dia yang tak boleh dapat dari mana-mana sumber. Kena lalui sendiri baru mengerti jerit -perit seorang insan yang bergelar Polis atau Tentera dalam mempertahankan negara. Kagum dengan kecekalan mereka. Tu kami baru lalui sikit tapi hutan bagi mereka sudah menjadi sebahagian dari hidup mereka. Salute!

Banyak aktiviti yang dijadualkan antaranya cara membaca kompas ketika siang dan malam,membaca peta,Jungle Tracking,Pertandingan membaca kompas siang dan malam. Yaa,time buat pertandingan baca kompas time siang ok lagi yang time malam tu,mana yang dapat track panjang memang fuhhh menguji kesabaran betul. Yang lagi menguji kesabaran apa tau,yang Jungle Tracking tu. hahaha. Berjalan masuk hutan tembus entah ke mana tiba-tiba jumpa tempat kuari semua,memang berdebu,panas dan bahang. Dengan tersepak batu jatuh tergolek. hahaa. Yang skuadmate laki nampak aku jatuh memang dah tak peduli dah masa tu. Memang penat yang teramat. Perjalanan dia makan hampir 3 jam jugak kot. Memang nak pitam tapi paksa jugak,bila lagi nak uji ketahanan fizikal. haha. poyo jelah. Padahal rasa nak menjerit,nak mengamuk semua ada. haha. Tapi memang pengalaman lah.

Time malam,memang menjadi kebiasaan akan buat duty jaga tengah malam secara bergilir-gilir. Ada banyak sebab buat semua ni. Bila kita berada di tempat orang jaga mulut,jaga diri,ingat Allah. In sha Allah,Allah akan jaga kita. Pergi beramai-ramai,jangan nak mengada-ada nak pergi sorang. Pumping 10 kang. ahaha. Dari sini lah nak latih semangat kerjasama tak kira masa. Semua orang nak rehat,nak tidur. Aktiviti dia memang dahsyat lah time siang. Setiap pergerakan kena berlari kecuali lepas makan je berjalan. Kau gila lepas makan nak berlari,nak muntah hijau silakan. haha. Lepas tu selama 5 hari kami dekat sini,hanya dibenarkan pakai 2 helai baju warna hijau yang diberikan macam askar tu sahaja. Memang bermucuk-mucuk sesama lah cita dia. haha. Duk pakai baju tu je. Yang penting jurulatih di sana tegas,baik,kelakorrr sangat. Banyak diorang ajar kami. Terima kasih En!  :)