Tuesday, April 29, 2014

.MENARI.

Assalamualaikum. haaa lai lai lai. hahaha. Menari eaa? Agak-agak sy pandai ke menari. hihi. Sebenarnya minat sangat dengan menari. Tak tahulah kenapa. Memang pantang dengar lagu badan,tangan,kaki semua nak gerak-gerak. haha. Firstly,mula berjinak-jinak dengan menari ni masa sy Tingakatan 1,tahun 2007 masuk untuk persembahan tarian untuk Hari Guru di SMK Tmn Semarak,Nilai,Negeri Sembilan. Masa ni memang tiap-tiap petang akan pergi dekat rumah kawan untuk training. hahaha. Masa tu menari lagu Siti Nurhaliza - Ya Maulai.

2014
Then lepas tu sy dah kena pindah sekolah di Johor. Tapi dah pindah tetap teruskan lagi minatnyaa. hahaha. Masuk pulak pertandingan menari masa Tingkatan 2 tahun 2008 dulu,wakil Daerah Johor dari SMK Puteri Wangsa,Ulu Tiram Johor. Then,masuk ni yang mengajarnya dari Kelab Tunas Budaya. So secara tak langsung join lah kelab tu. Hmm menari kali ni ada 2 genre. 1 tradisional dan 1 etnik. Yang tradisional dia lupa dah lagu dia apa benda. hahaha. Dah lama sangat,berkepul nak ingat balik. Yang etnik tu,yang sy ingat dia kena menari etnik belah Sabah Sarawak sana. Main d ketuk-ketuk buluh. Seronok! heheh. Ni lah first time masuk menari tau. Lepas tu kebetulan tahun tu juga ada pemilihan untuk buat persembahan Citrawarna Peringkat Antarabangsa kt Dataran Johor. Memang teringin nak pergi,dan lepas pemilihannya. Menari ramai-ramai,ada budak-budak semua. Selalu menari pakai kaki ayam ja,tapi masa Citrawarna ni kena pakai high heels ko. hahaha. Memang duk practice dengan heels tu jelah,kang tergolek depan-depan Orang Besar buat malu je. haha. Tapi seronok-seronok pun 1 je rasa cam tak sedap bila join. Masa kena buat persembahan ni, kena buka tudung. Seumur hidup lepas baligh tak pernah pun buka tudung di khalayak ramai,tapi bila dah join sekali tu jelah tak pakai tudung. Rasa sangat-sangat awkward sangat. Bila angin tiup-tiup geli bila tak pakai tudung. huhu. Tulah pertama dan terakhir masuk menari bila tahu kena tak pakai tudung masa persembahan. Nenek pun masa tu tak izinkan menari semua. Jadi dah tak join dh.

Bila dan masuk Universiti,join SUKSIS,tahun 2013. SUKSIS UiTM Shah Alam ni dia terkenal dengan Kelab Tarian nya. Nama kelabnya SUKSIS Seni Kreatif,Tarian dan Artistik. Haaaa panjang ko. haha. Tanya mak boleh tak nak join,time free turunlah training dia. Hmm boleh je,janji pakai tudung. Oklah semua persembahan pakai tudung bukan macam masa dulu. Sebenarnya join sebab minat dan nak keluarkan peluh. Nak pergi jogging pusing 1 taman sampai kesudah tak pergi. Hahaha. Baik menari,keluar juga peluh. huhu. So join lah balik menari setelah sekian lama tinggal. hehe. Pernah buat persembahan untuk Majlis Di IPK Selangor tahun lepas. hehe. Seronok sangat. hihi. Menari dengan 2 buat lagu, Lagu Selamat Datang dan Tarian 1 Malaysia. ;)


No comments:

Post a Comment