Saturday, November 16, 2013

.FRESHY DEGREE STUDENT.

Assalamualaikum,wohhhhh. Apa khabar smua,lama tak dengar cerita. hihi. Masya-Allah,Allah jelah yang tahu. huhu. selepas bermulanya kelas di awal semester 1,9/9/2013 sehingga kini aku telah secara rasmi bergelar pelajar UiTM Shah Alam. Sebulan yg pertama,kelas memang rilek habis. Datang balik gitu je sebab lecturer tak de masuk pun. Sebenarnya jadual untuk course Sains Kimia ni macam serabut sikit,pelajarnya ramai dalam 84 orang macam tu. Mula-mula Fakulti just buka 2 group je,memang tak cukuplah kan. Takkan 1 group sampai 40 lebih,sangat tak logik. haha. Lepas tu barulah terbuka  jadi 4 group. Haa,dah naik U ni,semua benda nak kena daftar online. haha. Sangat melecehkan dan merumitkan. Yang lagi lecehnya,bila berkait dengan e-mail. arghhhhhh! Inilah yang melambatkan segala proses bagai.Last-last aku masuk group last sekali. hahaha. Tak kesahla,janji dapat sambung belajar. AS2021MB. ya itulah nama groupnya. Satu-satunya antara 4 group ni yang ada si kumbang-kumbang di mana 8 orang sahaja. hehe. Group lain-lain tu,semuanya mawar-mawar. hehe. Sangat seronok group ni,kadang ada gelagat masing-masing yang membawa keceriaan untuk gorup ni. Bila dah naik U,umur bukan lagi pengukur untuk semuanya,kami semua sama dan memang betul-betul kawan dan menghormati antara satu sama lain. Nak bezakan umur pun cam susah je,semua nampak sama. Tak de yang beza pun. haha. Course Kimia,mestilah tak lari dari lab report kan. Sem ni hanya 2 report sahaja,untuk Kimia dan Fizik. Sem 2 sangat mencabar,4 lab report dalam 1 minggu,Masya-Allah. Dan yang paling dahsyat sekali,kitorg kena Ekonomi. What?! Sangat pelik,terkezut,tercenggang jap. Hakikatnya kena terima kitorg Major in Chemistry, Minor in Business. Boleh jd businesswoman nih. haha. Dahsyat x dahsyat. Kokurikulum,haa. Cayalah akan masuk dalam credit hour. Gagal akan effect pointer kita. hakhak. Time sekolah dulu,haa. Amik kesah pulak. haha.. Fikir punya fikir nak amik apa sehinggalah buat keputusan untuk masuk SUKSIS (Kor Kesukarelawan Polis Siswa Siswi) Haa,polis ko. haha. So jalanilah ujian kecergasan smua,interview,ujian kesihatan,alhamdulillah akhirnya menjadi anggota SUKSIS secara rasmi. Menjadi anggota Skuad 10. Dan tugasan kami,hujung tahun ni kitorg kena buat dinner untuk senior kami yang bakal ditauliah menjadi Inspektor. huhu. Sepanjang 1 bulan lebih menjalani kehidupan di sini,macam-macam lah boleh rasa. Apa yang kita rasa tu sebenarnya untuk mematangkan diri kita tidak kira dulu,kini dan selamanya. Semoga tetap tabah dalam menjalani hari-hari yang bakal mendatang. Niat yang menjadikan hai-hari kita indah atau sebaliknya. Andai tergelincir,niat balik niat balik. haha.. Insyaallah,Allah bantu. :)

Semester 1 :
1. CHM420 General Chemistry
2. PHY400 Physics For Non Majors
3. MAT421 Calculus I
4. CTU551 Islam and Asian Civilization 
5. ELC400 Preparatory English College
6. PDM111 Voluntary Police
7. ECO415 Economics

Saturday, September 28, 2013

.MAJLIS ANGKAT SUMPAH.

Okay,hari ni hari yang sangat bermakna. Cehhhh. hahaha. Setelah penat berfikir nak masuk apa kokurikulum,memikirkan dari segenap sudut. Akhirnya,pergilah ke ujian Fizikal SUKSIS. hahahaha. Cam biasalah ujian fizikal,tak ekstrim sangatlah,boleh buat lagi. hehehe. Dah lulus,proceed ke Interview SUKSIS. Seumur hidup nilah kena g interview dengan Pegawai Polis pulak tu. hahaha. Kecut perut makkkkk. ahahaha. Masuk je bilik Inteview,dapat pulak tempat tengah-tengah,betul-betul menghadap. hahaha. Dia tanya kita jawab jelah. hahaha, masuk macam tak de perasaan je. Sekali dia tanya soalan yang tak pernah dengar,gagap jugak,tapi cam entah,tiba-tiba mulut bercakap je. hahaha. Padahal salah,confident je bedal cakap. hahaha. arghhhh,ni confirm cam tak dapat je. huhuhu,sebab macam salah. Dah habis inteview tu,balik. Next baru tahu dapat ke tak. Time nak g tengok dapat ke tak pun tak da rasa berdebar. hahahaha. Apa nihhhhh! alamak. hahaha. Lagi tak sangka dapat masuk SUKSIS. omaaiiigaadddddddd!! huhu. 
Okay,nak cerita sini apa kelebihan masuk badan beruniform ni lagi-lagi SUKSIS kan, mula-mula mentaliti student semua sebenarnya nak dapat kolej je. Nak duduk dalam,sebab area Shah Alam ni susah nak dapat rumah sewa,lagi-lagi macam nak sekali dengan classmate ke,agak susahlah. Selain UiTM ada lagi student lain,UniSEL,MSU. Banyaklah U area sini. Perlu berebut nak dapatkan rumah sewa yang berpatutan harganya. Lepas tu duduk Shah Alam,duduk luar memang duit macam air mengalir,hahahaa, Duduk dalam pun mengalami benda yang sama,lagi duduk luar. But depends pada seseorang juga. Ada yang pandai mengurus kewangan tu alhamdulillah,ada yang suka berjimba tak habis-habis. haha. You better watch out! Especially yang tulis ni pun. hahahaha. 
Then,second point masuk badan beruniform ni,cam ada side income lah bila join aktiviti SUKSIS tiap-taip minggu,setiap cuti sem ada amik sikit masa lah untuk aktiviti dia. Join aktiviti dia ada elaun di bayar dengan menghadiri sahaja tanpa mengeluarkan apa-apa bayaran,orang bagi kita duit. Boleh lah wat kumpul untuk kegunaan peribadi. hahaha. Boleh tahanlah elaun dia,sesuailah untuk macam backup untuk student. hohoho
Masuk ni,ada Anual Dinner taww. hahaha. bolehlah bagi yang nak melaram,nak cantik-cantik. Macam-macam aktivitilah yang dibuat oleh SUKSIS ni,semuanya dibayar. Bagi yang tak pernah pegang M16,Revolver macam sy ni,cam rasa seronok gaklah dapat ikut aktiviti ni. hehehe. Tapi yang dah pernah pegang pun lagi seronok,boleh polish lah untuk jadi Penembak Terbaik gituuu. haha. Bila dapat masuk ni,sy menjadi anggota Skuad 10 Kor SUKSIS UiTM Shah Alam. Mungkin masuk benda ni akan banyak ajar diri jadi lebih berdisiplin dalam study juga kehidupan. Kita hidup bukan nak study je perlulah seimbang dengan keadaan sekeliling. Tak nak jadi lidah kelu bila bercakap dengan orang,asyik study je sebab kurang berkomunikasi dengan orang. Yang penting pengalaman. Pengalaman,lain orang,lain rasa dia. hehehe. So maybe ni satu medan nk polish soft skills lah kot. hahaha. sebab sy pun sebenarnya jenis tak penah sangat bergaul dengan orang,jumpa kawan-kawan dulu pun time sekolah jelh,time suruh buat presentation,aaa uuuu aaa uuu. hahahaah. Susah betul nak cakap fluently,lagi-lagi BI. dan berterabur ayat,choiiii. hahaha. Hopefully have an improvement at least feel a litle bit confident in front of people. hohoho. Sekiann.

Tuesday, September 17, 2013

.SELEPAS MDS.

Assalamualaikum semua. wahh lamanya tak menulis. haha.. Rasa cam terkurung je,padahal baru je beberapa minggu di sini. Sebenarnya rindu kat family. huhu. Mama,nak balik. haha.. Tak pe,tak pe. Asyrah kena kuat k,jangan nak mengada-ngada. Be an independent person,insyaallah. First dulu sebelum bergelar mahasiswi UiTM Shah Alam,macam biasalah,kena lalui MDS (Minggu Destini Siswa). Um,macam minggu orentasi gitulah yang berlangsung selama 6 hari. hoho. Aktiviti dia not bad lah,tak cukup tidur tu biasalah,kadang makan pun tercekik ko. huhu. Seriously,rindu kat akak-akak fasilitator yang jaga anak-anak buahnya di Kolej Mawar,garang comel gitu. hehe. Papehal pun dapat sembang-sembang kejap pun jadilah. huhu. Then rasa berani gila bila,akak ni tanya, " Siapa nak jadi Ketua Aras 00?" haha. Secara automatik tangan ni terangkat,haha. Boleh gitu eh. So ke depan then perkenalkan diri,secara rasmi jadi Ketua Aras Blok 1B,untuk minggu ni je. Kerja-kerja dia,untuk kejut budak-budak ni je,untuk datang tepat pada masanya. huhu. Kita ni ak marah-marah tak pandai. huhu. Kang marah kang,jadi len nanti. huhu. Hari terakhir MDS,sebak sebenanrnya. Entahlah,pastu pasang lagu sedih-sedih. Sabar jelah. haha. Sebak jelah,tak nangis pun. huhu. 9/9/2013,bermulalah kehidupan dengan kesibukan di Fakulti Sains Gunaan.
Nak cerita fakulti saya nih,wahhhh! Yang penting fakulti ni memang sesuai sangat untuk buat aktivit explorace. Penuh dengan tangga,berbukit-bukau,naik turun boleh kurus wooo. haha. Penat sikitlah nak naik ke kuliah semua,nak kena bertarung tenaga naik tangga yang lebih kurang cam tangga Batu Caves gitu kot,kalau kira. Buat masa ni,tak de masa nak kira-kira. haha.. Naik je dulu. Pusing-pusing,hari first nak pergi hantar fail pendaftaran,kerani tu kata,dah boleh tengok jadual,masuk kelas. What?! Masuk kelas. haha.. Sangat terkejut,cari punya cari,tak jumpa kelas,sesat adalah. haha. Last-last skip first class. Nampak tak mula-mula dah pandai dah skip kelas ni,apa nih ha! hehe.. Dimaafkan pun. hehe. Rasa seronok juga,jalan sana-sini,panjat tangga sana sini. Tak pe,anggap setiap anak tangga yang kita naik,umpama kira sedang memanjat titian kejayaan di atas sana,setiap anak tangga yang kita turuni,anggaplah sebagai satu kejayaan yang kita perolehi dengan penuh rendah diri. hehe. insyaallah. Permulaan start stress dia,haa. Kat U semua pakai online,nak daftar subjek online,tutor online,test online,submit assingment pakai online. Gila lahh. haha. Dah nak pakai online,line wifi wat masalah,lepas tu ada masalah e-mail lagi,memang muka ni kt HEA je ha,samapai kerani dah kenal dah. hehe. Kelakar pun ada. Bila dah jadi masalah ni,nak daftar group saing dengan kawan-kawan memang tak boleh lah,setiap group ada kuota dia. huhu. Bila dah daftar amiklah kelas last sekali. Tak kesah lah kelas mana pun,sama je,yang penting sama course. hehe. 3 group yang lain tak si kumbang-kumbang ni. Kelas last sekali je baru ada si kumbang-kumbang ni. haha. Bayangkan dari 82 orang,8 orang lelaki sahaja. Tak apa,biarpun mereka menjadi minoriti dalam kalangan kaum wanita di institusi pengajian,namun mereka akan menjadi majoriti dalam semua aspek.Namun,wanita tetap menjadi majoriti dalam menjadi tunggak kepada kaum Hawa,insyaallah. =) hehe. yang penting nak teroka Shah Alam. haha.. UiTM Sentiasa Di Hatiku. ^^

Thursday, August 22, 2013

.UiTM SHAH ALAM.

Alhamdulillah,akhirnya saya diterima oleh pihak universiti untuk sambung belajar di peringkat ijazah. :)
UiTM Shah Alam - Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Kimia. Fakulti Sains Gunaan.
1/9 ni saya akan lapor diri di sana.
Ya,tak sabarnya rasa. hehe. Siapalah roomate baru saya,siapalah coursemate sy. Haihhhh,mudah-mudahan semua berjalan dengan lancar,aaminn. :) alhamdulillah classmate sy 2 orang di tempatkan uni yang sama,tp course lain,course Sains Fizik. hehe.
Akhirnya kimia ditakdirkan bersama dengan saya. So,kena selongkar balik nota-nota kimia. haha.. Organic Chemistry semestinya mencabar,banyak gila nama anak beranak dia kena hafal. hoho..
Kimia actually it experiment is really interesting and a little bit dangerous because our life as chemist students are surround by chemical product. haha. haaa,speaking ko!
time kt KMJ dulu pun time experiment kimia ada je yang pecah,test tube lah,macam-macam lah. hehe. bahaya tapi seronok. hehe. time organic experiment,macam2 warna dan bau ada. hehe.
I LOVE CHEMISTRY. :)

Selamat tinggal dunia perubatan~ =') Welcome Chemistry. hehe..




 

Menghitung hari utk daftar di Kolej Mawar. haihh wangi betul kolej kediaman sy,hakhak. hehe.
:)
~missdoraemon

Saturday, August 3, 2013

.TEMPAT KERJA.

haa,hari ni dah masuk 2 bulan lebih kerja di kedai baju. Fuhhh.. ada orang kata kerja kedai baju rilek je,tunggu customer datang then serve. hah! Bukan itu sahaja kerjanya,macam-macam kerja kena buat,siap ada jadual lagi. Sungguh dahsyat. Lagi satu yang tak tahan kena berdiri sepanjang hari kecuali rehat. hahaha. Kedengaran seperti sangat kejam,muahahaha! Dah itu polisi kedai tersebut. Puihh!
Jadualnya yang saya perasaan.

Ahad : Sapu kotak. (Alihkan baju/seluar,ikut bahagian yang kita jaga,lepas tu sapulah yang tempat letak baju/seluar tadi then lipat balik baju/seluar tadi. haa,hari Ahad lah palinggg tak suka. huhu. Lepas tu dah siap lap air-cond. fuhhh! )

Isnin : Basuh baju. ( Kalau ada baju macam berhabuk sikit,kena basuh sikit2,guna tangan,guna mesin basuh habis kembang baju nanti,huhu. Time jemur nak memerah kain,kalau nipis2 ok lagi ni yang tebal2,huhu)

Selasa : Gosok baju. ( Haa,dah basuh mestilah gosok kan,perah pakai tangan kot,mesti banyak kedut-kedutan pada baju tu. Gosok-gosok,jangan tak gosok~ haha)

Rabu : Tampal kod harga pada barang. ( Selalu bos pergi office hari selasa. Amik stok baru. Dah sampai kena tampal2 lah harga semua barang-barang ni. )

Khamis :  Lap hanger. ( Kedai betul-betul tepi jalan besar,memang berhabuk jelah. Jalan tu kalau kereta lalu-lalang je tak pe,ni lori pasir,lori simen,haha. Semua ada. Memang tiap2 minggu kena buat kerja yang sama jelah. )

Jumaat : Cuti (Saya jelah,hihi. Cuti bergilir-gilir,ada yang cuti hari Rabu,Khamis)

Sabtu : Tukar baju display. (Tukar baju yang gantung2 kat depan tu dan baju2 patung. hahaha. Tukar baju patung yang tak leh bla nya. Kadang tukar baju sampai cakap,alalala anak mak,hari ni tukar baju baru eh. haha. )

Wan. Rindu kat Wan taw. :)
Macam kerja kedai dobi pulak ek. haha. ya begitulah rutin seharian selama 2 bulan saya kerja part time. hmm,oklah,janji dapat gaji. ^^ Tak lama lagi lepas ni dah sambung belajar balik dah. Mulalah hidup busy sebagai seorang student. hehe.. :) insyaallah. so hari ni last sy bekerja di sini,sebab 1/9 dah lapor diri di universiti. ^^
Ayu. hehe. :)



Bersama Kak Iffah
sampai sinilah dulu sy bercerita,nanti sambung lagi. hehe.. :)

~miss doraemon

Friday, June 7, 2013

.RESULT.

Rindu KMJ,hee..
fuhhhhh! Alhamdulillah. tamat sudahlah penantian yang terakhir ini. haha.. Result final saya. haha. Sungguh menyeramkan. Saya dipaksa oleh mak saya untuk check. haha.. sampai macam tu sekali. tak sanggup nak check lagi,lagi-lagi online nih,aduh lemah semangat sungguh. takut jadi cam hari tu,keputusan temuduga Doktor Perubatan kat UKM. haha.. aduihh,sungguh menyayat hati. Mak pun berdebar-debar jugak tu sebenarnya. hihi.
so saya kuatkan hati,bismillah banyak. SEMAK . alhamdulillah,keputusan yang saya rasa sangat bersyukur. hehe.. PNGK still above 3.5 . syukur alhamdulillah.Mungkin ini yang terbaik untuk saya. Moga Kau beri aku jalan yang terbaik ya Allah untuk sambung belajar nih. Aku serahkan padaMu. huhu.. 
so kemaskini UPU Fasa 2 ni,aku terpaksa berundur diri untuk apply medic. Mungkin aku tidak ditakdirkan untuk ke sana. Tak ada rezeki nak jadi doktor. hehe.. Cuba benda lain lah. hihi.. 
Kusisipkan impian ini jauh disudut hatiku,semoga insan yang layak akan memenuhi impian ku ini,sudah memadai. hehehe. :D

~missdoraemon

Tuesday, May 28, 2013

.KERJA.

haihhhh,dah nak dekat sebulan dah meninggalkan KMJ,huhu. Bosannya,tak tahu nak buat apa,haha.terlebih rehat dah ni. Cari kerja.dah berapa borang isi,haha.
1. Kedai Buku - ni dari lepas habis SPM berangan nak kerja sini. haha.
2. 7-Eleven - haaa,"nanti manager call eh!" haha,sampai sekarang tak call call.
3. KGSK (Kump.Guru Simpanan Kebangsaan) - jadi cikgu ganti bersalin/sakit. hehe. CIKGU.
4. Kedai Kek SDS
5. Kedai jual-jual baju. √

haha,isi lima,alhamdulillah dapat yang last sekali tu,hmm,boleh lah dari goyang kaki tak dapat duit apa-apa. huhu. Yang kedai buku tu dia ada panggil temuduga,huhu. Dalam hati dah berangan dah,wooo bestnya kalau dapat kerja kat situ,hehe. Pergi lah interview dengan kawan,dia pun dapat pangilan interview gak. hehe. Pergi sana,ramai juga yang kena interview,5 orang. huhu. Selalu kedai-kedai macam ni dia nak orang kerja lama dengan dia,tak nak sekejap-sekejap. Kita kan baru habis study so nak kerja sambilan lah sementara tunggu keputusan atau dapat mana-mana tawaran sambung belajar. hehe. Ni first time di panggil untuk interview. huhu. Dia tanya kita jawablah,hehe. Ayat dia yang last sekali,"ok,terima kasih,kalau ada rezeki awak kerja sini,saya akan call/mesej,kalau tak dapat anggaplah tak ada rezeki ye." Baik encik. hehe..
Okay,dah cakap macam tu tak kan nak mengharap lagi,memang kena cari kerja lain lah cerita nya. haha. Semua borang isi,mana yang sangkut panggil jelah,saya ok je,sebab memang tak ada buat apa. hehe. Minggu ni memang mendebarkan betul lah. Tunggu result Temuduga Ijazah Kedoktoran kt UKM,lepas tu nak test JPJ lagi,lagi gila. haha..
Test JPJ,alhamdulillah,LULUS. ni pun repeat,haha. Hari tu tak lepas,so GAGAL lah. hoho. Repeat alhamdulillah lulus,terketar-ketar tahan clutch,lama tak bawak kereta,sakit kaki nak wat tahan clutch.huhu. Yang temuduga tu,huhu,tak ada rezekilah nak jadi doktor. alahai. Dapat pergi ujian Tapisan Kemasukan  hari tu. hehe. Tak pelah,mungkin ada jalan lain. hehe. Semoga Allah memberi jalan yang terbaik untuk masa depan aku,aaminn. =)
so akan start kerja pada 9/6/13. hehe. habiskan sisa-sisa masa yang ada untuk berehat,lepas  ni dah kerja dah. hehe.. Tak lama lagi dah nak puasa. Jangan lupa ganti puasa keyh! ^^ hihi.

~missdoraemon