Saturday, November 16, 2013

.FRESHY DEGREE STUDENT.

Assalamualaikum,wohhhhh. Apa khabar smua,lama tak dengar cerita. hihi. Masya-Allah,Allah jelah yang tahu. huhu. selepas bermulanya kelas di awal semester 1,9/9/2013 sehingga kini aku telah secara rasmi bergelar pelajar UiTM Shah Alam. Sebulan yg pertama,kelas memang rilek habis. Datang balik gitu je sebab lecturer tak de masuk pun. Sebenarnya jadual untuk course Sains Kimia ni macam serabut sikit,pelajarnya ramai dalam 84 orang macam tu. Mula-mula Fakulti just buka 2 group je,memang tak cukuplah kan. Takkan 1 group sampai 40 lebih,sangat tak logik. haha. Lepas tu barulah terbuka  jadi 4 group. Haa,dah naik U ni,semua benda nak kena daftar online. haha. Sangat melecehkan dan merumitkan. Yang lagi lecehnya,bila berkait dengan e-mail. arghhhhhh! Inilah yang melambatkan segala proses bagai.Last-last aku masuk group last sekali. hahaha. Tak kesahla,janji dapat sambung belajar. AS2021MB. ya itulah nama groupnya. Satu-satunya antara 4 group ni yang ada si kumbang-kumbang di mana 8 orang sahaja. hehe. Group lain-lain tu,semuanya mawar-mawar. hehe. Sangat seronok group ni,kadang ada gelagat masing-masing yang membawa keceriaan untuk gorup ni. Bila dah naik U,umur bukan lagi pengukur untuk semuanya,kami semua sama dan memang betul-betul kawan dan menghormati antara satu sama lain. Nak bezakan umur pun cam susah je,semua nampak sama. Tak de yang beza pun. haha. Course Kimia,mestilah tak lari dari lab report kan. Sem ni hanya 2 report sahaja,untuk Kimia dan Fizik. Sem 2 sangat mencabar,4 lab report dalam 1 minggu,Masya-Allah. Dan yang paling dahsyat sekali,kitorg kena Ekonomi. What?! Sangat pelik,terkezut,tercenggang jap. Hakikatnya kena terima kitorg Major in Chemistry, Minor in Business. Boleh jd businesswoman nih. haha. Dahsyat x dahsyat. Kokurikulum,haa. Cayalah akan masuk dalam credit hour. Gagal akan effect pointer kita. hakhak. Time sekolah dulu,haa. Amik kesah pulak. haha.. Fikir punya fikir nak amik apa sehinggalah buat keputusan untuk masuk SUKSIS (Kor Kesukarelawan Polis Siswa Siswi) Haa,polis ko. haha. So jalanilah ujian kecergasan smua,interview,ujian kesihatan,alhamdulillah akhirnya menjadi anggota SUKSIS secara rasmi. Menjadi anggota Skuad 10. Dan tugasan kami,hujung tahun ni kitorg kena buat dinner untuk senior kami yang bakal ditauliah menjadi Inspektor. huhu. Sepanjang 1 bulan lebih menjalani kehidupan di sini,macam-macam lah boleh rasa. Apa yang kita rasa tu sebenarnya untuk mematangkan diri kita tidak kira dulu,kini dan selamanya. Semoga tetap tabah dalam menjalani hari-hari yang bakal mendatang. Niat yang menjadikan hai-hari kita indah atau sebaliknya. Andai tergelincir,niat balik niat balik. haha.. Insyaallah,Allah bantu. :)

Semester 1 :
1. CHM420 General Chemistry
2. PHY400 Physics For Non Majors
3. MAT421 Calculus I
4. CTU551 Islam and Asian Civilization 
5. ELC400 Preparatory English College
6. PDM111 Voluntary Police
7. ECO415 Economics

No comments:

Post a Comment