Monday, April 15, 2013

.STUDY WEEK.

Yah,sekarang dalam mood 'Study Week'. hehe. So,mestilah buku dan kertas bersepah bagai. Katil bukan tempat kita tidur dah,buku-buku yang tidur. hehe. ahhh,tak kira. Ini final ko tahu! Stress mak menghadap buku-buku nih. Kata orang dah akhir-akhir ni tah baca lah,pantul je,bukannya masuk. Tidak tidak! Tak kudengar itu hasutan,muahaha.. Selagi ada masa selagi tu lah kita kena usaha,selalu yang study last-last ni lah baru nak faham. Kadang silibus yang SPM belajar dulu yang tak faham-faham boleh jadi faham. haha. Itu cara kita belajar lah. Setia orang kan ada cara mereka masing-masing. Tak perlu disangakal lagi. hoho. 
So minggu belajar ni,memang menghabiskan masa bersama 'roomate'ku,Pika. hee. Study bersama dia dari hari first startnya study week hingga ke saat-saat akhir. Sungguh aku rindu saat ini. Study memang tak yah cakaplah,macam apa. Nak kena recall balik apa benda yang dah belajar. hoho.. berasap kepala rasa. haha.. bayangkan setiap matapelajaran ada 10 chapter yang nak kena cover. kita amik 4 subjek so anda kiralah ye. hehe. tapi tak semualah baru nak cover,memang gila lah nak cover semua. haha. 
Seumur hidup tak penah tidur sampai pukul 4 5 pagi,yah for the last study week,kita wat kerja gila sikit. huhu. penangan nescafe ko. yang roomate pun layan nescafe,kita pun trylah minum. hehe.. 
final PSPM kali ni entah kenapa rasa biasa,tak berebar cam selalu. tapi takut. entahlah. haha. bila fikir-fikirkan balik. ni yang last ok,so wat lah yang terbaik,jangan main-main. FOKUS! lepas habis ni boleh tidur,rehat sepuas-puasnya,sampai rasa boring dah dengan cuti. huhu.. cuba mencari ketenangan dalam diam,mencari semangat yang pergi,entah kenapa begitu senang ia pergi,datanglah kembali. huhu.. Kuatkan semangat,hihi! =) 
hmm,begitu saat genting setiap pelajar yang ingin menduduki peperiksaan penting kan,tak dinafikan. yang memilukan apabila teruji saat ingin menduduki exam yang penting,tapi Allah sayang akan kita,sebab itulah Dia menguji tiap hambaNya untuk menyuntik semangat kita,serta tabah menghadapi dugaan,insyaallah.  
ya,setakat ini lah entry sy pd study week ini. doakan kami semua berjaya,dapat jawab dengan tenang,semoga dipermudahkan segala urusan kami,insyaallah,aaminn. ^^

~missdoraemon









No comments:

Post a Comment