Yaa,betul ke eja cm tu. haha. hmm,ok,ni first time dapat pergi ke satu tempat yang orang kata seronok,lepas tension. Jadi for the last outing before final exam,pergilah karaoke. hehe. First time nih pergi,huhu. Pergi sana,hmm,roomate cakap boleh tahan murah kat sini,so kitorang amik 3 jam. 3 JAM ko tahu! haha. Sebelum pergi memang kena cakap dengan mak dulu lah,ketahuan nanti mati aku! haha. hmm,diri ini bukan gadis semasa yang boleh keluar,boleh melakukan pelbagai aktiviti luar tiap-tiap minggu,malah tidak pernah berkata TIDAK pada setiap arahan keluarga selama aku hidup. Orang dengar macam terkonkong,ya mungkin juga,tapi telah terbiasa,mungkin ada hikmahnya kenapa begini. Semua orang dalam hidup ini ada jalan hidup mereka masing-masing,samada diri mereka yang tentukan ataupun boleh jadi orang lain yang telah menentukan ke arah yang baik atau sebaliknya. Lebih baik begini,biarlah tidak tahu erti keseronokkan dunia dari lalai diulit olehnya. Dalam Islam pun tidak melarang kita berhibur,tapi berhibur perlulah ada hadnya,asalkan tidak melalaikan dan terjerumus ke lembah kemaksiatan yang berleluasa. Jadi,saya yang telah jejakkan kaki ke sini,bersama roomate sahaja.NO BOYS! huhu. Lagi okay kot,sejantina sahaja. Datang ke sini sekadar ingin tahu bagaimana keadaannya,teruk sangat ke,atau ada benda mengarut-ngarut,huhu. Tapi okaylah,family izinkan,tak ada masalah,hee. Dapat pergi dengan tenang. Roomate pun dah biasa pergi karaoke,dengan family dia,kawan-kawan rapat dia,so dia okay lah,macam protect saya nak pergi sini,haha,dia tak ada lah ajar bukan-bukan. So 3 jam amik,macam-macam lagu lah layan ek. Saya cuma layan lagu slow rock,balada,senang cerita lagu lama-lama lah. LEGEND. hehe. Memang hobi suka menyanyi,bila pergi sini dapat pegang mic. hehe. Nyanyi lepas jelah,tak pernah pergi,mungkin pertama dan terakhir,huhu. Selalu nyanyi dalam bilik je,tak de lah pulak yang nyanyi di khalayak ramai,lagi-lagi pegang mic. huhu. Pernah pun sebab masuk nasyid,jadi solo,tu jelah. haha.. Yang lain tak ada. hee.. Segan ohh nyanyi depan orang. Nyanyi depan suami tak pelah,haha. Amboi, =P
Memang pengalaman lah,kadang takut juga nak pergi ke wayang atau karaoke ni,entah mungkin tak biasa,hati rasa berat nak jejakkan kaki ke sini,bagi saya cukup tahu sekali okaylah,huhu. Jangan ketagih dah lah,tak suka sangat ke tempat-tempat macam ni sebab gelap,haha. Pokok pangkal hati lah,kuatkan hati,kalau pergi ke tempat orang kena pandai jaga diri,jangan terlalu lalai,ya lah,kadang kita tak tahu apa yang akan jadi pada diri kita,takut pulak rasa,hehe. Semoga Allah sentiasa melindungi diri kita sahaja,itulah jelah yang terbaik. Boleh berhibur tapi jangan melalaikan,hehe. =) karaoke seronoklah jugak! hehe. >.<
~misssdoraemon
No comments:
Post a Comment