Saturday, November 30, 2013

.AKTIVITI SEM 1.

haaa, macam banyak sangat pulak join benda-benda ni sem 1 ni. hahahaa. Tak delah banyak sangat pun sekadar nak isi masa lapang,kuatkan stamina dan boleh kenal dengan senior-senior untuk Program sy,Chemistry. First aktiviti join, Larian Destini Siswa dekat Putrajaya. Lari 7km. hahahahaha. Whattt??!! Aku lari 2.4km pun dah semput,ni 7km,memang merangkak-rangkak nak sampai penamat,kena orang usung baru sampai. hahaaha. Bertolak dalam sebelum subuh gitu,sebab start dalam kul 8 pagi lebih,kira pergi Solat Subuh kat sana. Alhamdulillah dapat jejakkn kaki dekat Masjid Tuanku Zainal Abidin. Subhanallah,cantik sangat,tempat solat dia sebelah tu boleh nampak betul tasik. Cantik sgt. huhu. Then,bila dah start larian tu,mula-mula semangat habis berlari. Dah tengah-tengah,semput,jalan jelahhh sampai habis. hahaha. Memang penah menang pulak lari-lari ni. Start tadika sampai ke U tak penah menang,asal lepas sudah. ekekeke. Balik terus tidur,hahaha. Penat berlari. Penat sangat. hohoho.



Next,Chemistry ada dia punya kelab tw. Nama dia Chemistry Fusion Club. hihi. smua student Chemistry memang jadi ahli untuk kelab ni lah,tapi ikut siapa yang aktiflah dalam kelab ni. hehee. Sy nak aktif semua memang macam tak sempat je,SUKSIS lagi,tertonggeng-tonggeng nanti semua nak kejar. hahaha. Kali ni,diorang anjurkan buat satu camping dekat Brogar Hillss! hehehe. excited sgtt sebab tak pernah pergi dan teringin nak pergi. Cantik sangat tempat ni,lagi-lagi kalau dapat panjat sampai ke puncak,tengok sunset atau sunrise. Ooohh my,romantik sgt. hahaha. Tapi yang pergi kali ni tak pergi ke puncak tu,just dekat area-area Air Terjun yang biasa orang buat camping je. Tapi mencabar juga Jungle Tracking dia,semput jugak. hahaha. Bukit dia agak curam lah,banyak akar-akar pokok besar. Bila dah sampai kat air terjun tu memang rasa puas gila dengan penat lelah panjat turun bukit,hahaha. Turun basahkan kaki je,hehehe. Sebab nak mandi pun macam dah campur dengan budak lelaki macam segan pulak,biar diorg jelah mandi. Serius best! Pengalaman paling best,time sampai kt situ kan,nak pergi ke tempat camping tu jauh tw,dia kena pergi sana kena naik kenderaan. Tahu tak kenderaan apa yang bawa kitorang ke dalam tu,naik lori yang angkut cam lori ayam tuu.. hahahahaha. serius kelakar,time duduk atas tu time lori bergerak,scary gilaa,angin kuat kot,tapi seronok campur pulak hujan renyai-renyai. Yang pakai cermin mata smua berkabus,tak nampak. hahaha. Wiper please! hahahaah. Balik pn sama kena naik lori tu,memang menjerit puas duk atas tu. Naik ni yang paling rindu. hehehe.


Saturday, November 23, 2013

.PUTRAJAYA.

Hari ni macam nk berjiwang sikit. hakhakhak. boley x? *wink wink. hihihi. hmm, lumrahlah semua orang akan pernah rasa satu perasaan yang korang macam susahnya nak cakap,sampai bertahun-tahun walaupun orang tu tak tahu tapi masih tetap ada. Sampaikan dah tak tahu nak buat nak hilangkan,nak padam, nk erase. Apa lagi. hahaha. Tapi kalau korang tak rasa lagi tak apa,jangan sedih,jangan terlalu pressure untuk merasakannya. Perasaan itu akan datang dengan sendiri dan lebih ikhlas.  Jangan pernah sedih andai pernah bercinta andai terpisah di tengah jalan. Allah telah anugerahkan kita satu perasaan yang sangat unik, sehingga kita pun tak percaya apa yang lalui sebenarnya. Namun janganlah lali dengan anugerah ini, sedarilah tiap segala anugerah dan dugaan yang Allah turunkan untuk kita untuk menguji tahap keimanan kita. haaa tu diaa bertazkirah satt. hahaha. Muhasabah diri jap. hehe.
Insan lelaki ni dulu yang pernah singgah dekat hati ini,walaupun telah berlalu hampir 5 tahun yang lalu masih segar di ingatan. Kami berkenalan dalam satu sekolah yang sama di Johor dan dengan dia lah sy macam kenal apa tu jalan sama-sama bila balik sekolah,even time balik sekolah je jumpa. Time rehat dia sibuk,sebab dia Ketua Pengawas Disiplin. *garang tak diaa. hahaha. :P Tapi garang pun kelakar tahap dewa,boleh menangis kalau bersembang,macam-macam ragam. haha. Hmm, satu benda yang obviously pasal kami, sy jenis pendiam, dia jenis banyak cakap. Kadang cam krik krik jgklah kalau tak de benda nak cakap. Kalau ada benda nak cakap sampai esok tak habis. haha. Di awal perkenalan sangat sangat rasa janggal,maybe sebab first time kot. Dia seorang yang sangat menghormati dan matang. Itulah keperibadian dia yang sy kagumi. *hahaha. dh start dh. choiii! Dalam tempoh perkenalan di sekolah ni salah satu kenangan yang sy tak kan pernah lupa sebagai seorang perempuan. Perkenalan kami di usia bangku sekolah ini terhenti seketika atas sebab-sebab tertentu yang sy telah simpan jauh di sudut hati sy untuk dikenang. Mungkin sakit untuk menempuh hari yang mendatang tanpa dia di sisi. Terpisah selama setahun tanpa khabar berita,membina dan mengutip semanngat yang telah berderai di lantai untuk meneruskan hidup. Menerimanya dengan tenang dengan harapan masih lagi mengharap dalam diam.
Dalam sibuk settle kan kerja-kerja di Matrikulasi dulu, 1 pesanan SMS datang yang menyingkap satu demi satu kenangan yang telah lama terkubur. Setelah setahun tak pernah tahu khabar berita tentang dia,dia kembali bertanyakannya. Dia sebenarnya tak pernah berniat untuk tinggalkan sy begitu sahaja,dia masih lagi ingin berkenalan sebagai kawan. Tapi sy rasa macam tidak perlu bertanyakannya sampailah biar masa yang menentukannya. Macam trauma,terkelu kot. *kott. hahaha. Tapi berpisah ni pun mungkin ketentuan Allah untuk ajar kita lebih matang,belajar dari kesalahan dan kenal siapa diri kita sebelum kita mengenal orang lain untuk mencari pasangan hidup. Sungguh hebat perancangan Allah,Allah hadirkan dia kembali dalam hidup ni untuk kali kedua,untuk memberi semangat kala berjauhan dari keluarga walaupun berhubung dalam phone ja. Tak pernah jumpa lagi sejak break dulu. hee~~ kalau jumpa nanti mesti rasa janggal gila. hahaa. lagi bertambah-tambah krik krik dia. hahahaha. Alhamdulillah sejak dari Matrik dia contact balik sampailah sy sambung Degree di sekitar U yang dia study jugak. hehehe. Indahnya perancanganMu ya Allah. Dia datang buat kali kedua ni pun tak harapkan apa-apa pun walaupun ada secalit rasa seperti dulu,tapi tahan jelh. Sy cuma pegang kata-kata dia dulu, "Buat masa ni kita berkawan dulu dan sy yakin awk mampu jadi kawan sy yang baik, sy sedar kadang apa yang pernah kita rasa dulu tetap ada di hati sy cuma sy tidak berani untuk suarakannya kembali dan sy percaya masa itu dah tak lama lagi, bila dah tiba masanya sy akan suarakannya." *kang sambung tercirit semua baca. hahaha. Tapi ni lah ayat yang dia cakap sampai menitis air mata. Cuba bayangkan muka garang tapi ayat fuhhhhh, menyentuh perasaan yang teramat,ikhlas sgt. huhuhu. Tapi banyak bendalah bila Allah temukan balik,banyak sangat benda yang sy belajar dari perhubungan yang Allah ciptakan ni. huhu
1 tempat yang kami pergi sebelum dia tamat Diploma di Shah Alam,lepas tu maybe macam dah tak dapat jumpa sangat dh kot,sebab dia dah habis study,tinggal sy sorang-sorang kat Shah Alam ni,hucks hucks. huhuhu. Kami ke Putrajaya ke majlis perkahwinan kakak kawan dia. hahaha. First time okay naik kereta dengan dia pergi kenduri kahwin pulak tu,kawan-kawan dia pn sy tak kenal. hahaha. Dah habis pergi makan-makan then kami singgah ke Masjid Besi dekat Putrajaya untuk semanyang Asar. Masjid ni Subhanallah,sangat cantik. Tempat solat dia bersebelahan dengan Tasik, boleh rasa deruan angin bila tengah solat,tenang rasa. Nyaman. Seusai salam, kalih ke depan,satu perasaan yang sangat sangat ganjil,bila terpandang dia betul-betul solat bertentangan dengan sy. Tak kurang tak lebih,betul-betul bertentangan. Sy tahu dia rabun jauh,kalau jauh sangat dia tak mungkin nampak sy dari jauh untuk solat betul-betul depan sy. Rasa sangat ajaib dengan kekuasaanMu ya Allah. Dalam hati berdoa, Andai benar dia jodoh untukku,tabahkanlah hatiku aku untuk menantinya. Kalau betul dia jodohku,satukanlah hati kami berdua dengan ikatan yang sah suatu hari nanti. Andai dia tidak ditakdirkan untukku,tabahkanlah hatiku untuk merelakannya buat kali kedua. .
Kudoakan sesiapa yang membaca ni,moga ditemukan jodoh yang baik untuk bersama dunia dan akhirat. Moga dia insan yang membimbingmu hingga sentiasa mengingati Allah..
*feeling habis. hahaha. sekian. :)

Saturday, November 16, 2013

.FRESHY DEGREE STUDENT.

Assalamualaikum,wohhhhh. Apa khabar smua,lama tak dengar cerita. hihi. Masya-Allah,Allah jelah yang tahu. huhu. selepas bermulanya kelas di awal semester 1,9/9/2013 sehingga kini aku telah secara rasmi bergelar pelajar UiTM Shah Alam. Sebulan yg pertama,kelas memang rilek habis. Datang balik gitu je sebab lecturer tak de masuk pun. Sebenarnya jadual untuk course Sains Kimia ni macam serabut sikit,pelajarnya ramai dalam 84 orang macam tu. Mula-mula Fakulti just buka 2 group je,memang tak cukuplah kan. Takkan 1 group sampai 40 lebih,sangat tak logik. haha. Lepas tu barulah terbuka  jadi 4 group. Haa,dah naik U ni,semua benda nak kena daftar online. haha. Sangat melecehkan dan merumitkan. Yang lagi lecehnya,bila berkait dengan e-mail. arghhhhhh! Inilah yang melambatkan segala proses bagai.Last-last aku masuk group last sekali. hahaha. Tak kesahla,janji dapat sambung belajar. AS2021MB. ya itulah nama groupnya. Satu-satunya antara 4 group ni yang ada si kumbang-kumbang di mana 8 orang sahaja. hehe. Group lain-lain tu,semuanya mawar-mawar. hehe. Sangat seronok group ni,kadang ada gelagat masing-masing yang membawa keceriaan untuk gorup ni. Bila dah naik U,umur bukan lagi pengukur untuk semuanya,kami semua sama dan memang betul-betul kawan dan menghormati antara satu sama lain. Nak bezakan umur pun cam susah je,semua nampak sama. Tak de yang beza pun. haha. Course Kimia,mestilah tak lari dari lab report kan. Sem ni hanya 2 report sahaja,untuk Kimia dan Fizik. Sem 2 sangat mencabar,4 lab report dalam 1 minggu,Masya-Allah. Dan yang paling dahsyat sekali,kitorg kena Ekonomi. What?! Sangat pelik,terkezut,tercenggang jap. Hakikatnya kena terima kitorg Major in Chemistry, Minor in Business. Boleh jd businesswoman nih. haha. Dahsyat x dahsyat. Kokurikulum,haa. Cayalah akan masuk dalam credit hour. Gagal akan effect pointer kita. hakhak. Time sekolah dulu,haa. Amik kesah pulak. haha.. Fikir punya fikir nak amik apa sehinggalah buat keputusan untuk masuk SUKSIS (Kor Kesukarelawan Polis Siswa Siswi) Haa,polis ko. haha. So jalanilah ujian kecergasan smua,interview,ujian kesihatan,alhamdulillah akhirnya menjadi anggota SUKSIS secara rasmi. Menjadi anggota Skuad 10. Dan tugasan kami,hujung tahun ni kitorg kena buat dinner untuk senior kami yang bakal ditauliah menjadi Inspektor. huhu. Sepanjang 1 bulan lebih menjalani kehidupan di sini,macam-macam lah boleh rasa. Apa yang kita rasa tu sebenarnya untuk mematangkan diri kita tidak kira dulu,kini dan selamanya. Semoga tetap tabah dalam menjalani hari-hari yang bakal mendatang. Niat yang menjadikan hai-hari kita indah atau sebaliknya. Andai tergelincir,niat balik niat balik. haha.. Insyaallah,Allah bantu. :)

Semester 1 :
1. CHM420 General Chemistry
2. PHY400 Physics For Non Majors
3. MAT421 Calculus I
4. CTU551 Islam and Asian Civilization 
5. ELC400 Preparatory English College
6. PDM111 Voluntary Police
7. ECO415 Economics