Hari ni macam nk berjiwang sikit. hakhakhak. boley x? *wink wink. hihihi. hmm, lumrahlah semua orang akan pernah rasa satu perasaan yang korang macam susahnya nak cakap,sampai bertahun-tahun walaupun orang tu tak tahu tapi masih tetap ada. Sampaikan dah tak tahu nak buat nak hilangkan,nak padam, nk erase. Apa lagi. hahaha. Tapi kalau korang tak rasa lagi tak apa,jangan sedih,jangan terlalu pressure untuk merasakannya. Perasaan itu akan datang dengan sendiri dan lebih ikhlas. Jangan pernah sedih andai pernah bercinta andai terpisah di tengah jalan. Allah telah anugerahkan kita satu perasaan yang sangat unik, sehingga kita pun tak percaya apa yang lalui sebenarnya. Namun janganlah lali dengan anugerah ini, sedarilah tiap segala anugerah dan dugaan yang Allah turunkan untuk kita untuk menguji tahap keimanan kita. haaa tu diaa bertazkirah satt. hahaha. Muhasabah diri jap. hehe.
Insan lelaki ni dulu yang pernah singgah dekat hati ini,walaupun telah berlalu hampir 5 tahun yang lalu masih segar di ingatan. Kami berkenalan dalam satu sekolah yang sama di Johor dan dengan dia lah sy macam kenal apa tu jalan sama-sama bila balik sekolah,even time balik sekolah je jumpa. Time rehat dia sibuk,sebab dia Ketua Pengawas Disiplin. *garang tak diaa. hahaha. :P Tapi garang pun kelakar tahap dewa,boleh menangis kalau bersembang,macam-macam ragam. haha. Hmm, satu benda yang obviously pasal kami, sy jenis pendiam, dia jenis banyak cakap. Kadang cam krik krik jgklah kalau tak de benda nak cakap. Kalau ada benda nak cakap sampai esok tak habis. haha. Di awal perkenalan sangat sangat rasa janggal,maybe sebab first time kot. Dia seorang yang sangat menghormati dan matang. Itulah keperibadian dia yang sy kagumi. *hahaha. dh start dh. choiii! Dalam tempoh perkenalan di sekolah ni salah satu kenangan yang sy tak kan pernah lupa sebagai seorang perempuan. Perkenalan kami di usia bangku sekolah ini terhenti seketika atas sebab-sebab tertentu yang sy telah simpan jauh di sudut hati sy untuk dikenang. Mungkin sakit untuk menempuh hari yang mendatang tanpa dia di sisi. Terpisah selama setahun tanpa khabar berita,membina dan mengutip semanngat yang telah berderai di lantai untuk meneruskan hidup. Menerimanya dengan tenang dengan harapan masih lagi mengharap dalam diam.
Dalam sibuk settle kan kerja-kerja di Matrikulasi dulu, 1 pesanan SMS datang yang menyingkap satu demi satu kenangan yang telah lama terkubur. Setelah setahun tak pernah tahu khabar berita tentang dia,dia kembali bertanyakannya. Dia sebenarnya tak pernah berniat untuk tinggalkan sy begitu sahaja,dia masih lagi ingin berkenalan sebagai kawan. Tapi sy rasa macam tidak perlu bertanyakannya sampailah biar masa yang menentukannya. Macam trauma,terkelu kot. *kott. hahaha. Tapi berpisah ni pun mungkin ketentuan Allah untuk ajar kita lebih matang,belajar dari kesalahan dan kenal siapa diri kita sebelum kita mengenal orang lain untuk mencari pasangan hidup. Sungguh hebat perancangan Allah,Allah hadirkan dia kembali dalam hidup ni untuk kali kedua,untuk memberi semangat kala berjauhan dari keluarga walaupun berhubung dalam phone ja. Tak pernah jumpa lagi sejak break dulu. hee~~ kalau jumpa nanti mesti rasa janggal gila. hahaa. lagi bertambah-tambah krik krik dia. hahahaha. Alhamdulillah sejak dari Matrik dia contact balik sampailah sy sambung Degree di sekitar U yang dia study jugak. hehehe. Indahnya perancanganMu ya Allah. Dia datang buat kali kedua ni pun tak harapkan apa-apa pun walaupun ada secalit rasa seperti dulu,tapi tahan jelh. Sy cuma pegang kata-kata dia dulu, "Buat masa ni kita berkawan dulu dan sy yakin awk mampu jadi kawan sy yang baik, sy sedar kadang apa yang pernah kita rasa dulu tetap ada di hati sy cuma sy tidak berani untuk suarakannya kembali dan sy percaya masa itu dah tak lama lagi, bila dah tiba masanya sy akan suarakannya." *kang sambung tercirit semua baca. hahaha. Tapi ni lah ayat yang dia cakap sampai menitis air mata. Cuba bayangkan muka garang tapi ayat fuhhhhh, menyentuh perasaan yang teramat,ikhlas sgt. huhuhu. Tapi banyak bendalah bila Allah temukan balik,banyak sangat benda yang sy belajar dari perhubungan yang Allah ciptakan ni. huhu
1 tempat yang kami pergi sebelum dia tamat Diploma di Shah Alam,lepas tu maybe macam dah tak dapat jumpa sangat dh kot,sebab dia dah habis study,tinggal sy sorang-sorang kat Shah Alam ni,hucks hucks. huhuhu. Kami ke Putrajaya ke majlis perkahwinan kakak kawan dia. hahaha. First time okay naik kereta dengan dia pergi kenduri kahwin pulak tu,kawan-kawan dia pn sy tak kenal. hahaha. Dah habis pergi makan-makan then kami singgah ke Masjid Besi dekat Putrajaya untuk semanyang Asar. Masjid ni Subhanallah,sangat cantik. Tempat solat dia bersebelahan dengan Tasik, boleh rasa deruan angin bila tengah solat,tenang rasa. Nyaman. Seusai salam, kalih ke depan,satu perasaan yang sangat sangat ganjil,bila terpandang dia betul-betul solat bertentangan dengan sy. Tak kurang tak lebih,betul-betul bertentangan. Sy tahu dia rabun jauh,kalau jauh sangat dia tak mungkin nampak sy dari jauh untuk solat betul-betul depan sy. Rasa sangat ajaib dengan kekuasaanMu ya Allah. Dalam hati berdoa, Andai benar dia jodoh untukku,tabahkanlah hatiku aku untuk menantinya. Kalau betul dia jodohku,satukanlah hati kami berdua dengan ikatan yang sah suatu hari nanti. Andai dia tidak ditakdirkan untukku,tabahkanlah hatiku untuk merelakannya buat kali kedua. .
Kudoakan sesiapa yang membaca ni,moga ditemukan jodoh yang baik untuk bersama dunia dan akhirat. Moga dia insan yang membimbingmu hingga sentiasa mengingati Allah..
*feeling habis. hahaha. sekian. :)
No comments:
Post a Comment