Sunday, September 7, 2014

.SEMESTER 3.

Selamat tinggal semester 2 yang sangat-sangat menguji keimanan dn kesabaran. hahaha. Macam-macam yang jadi tapi malas nak cerita. Biar tersisip kemas dalam ingatan sebagai peringatan. hohoho.

Syukur alhamdulillah result pun ok. Yang penting subjek Programming yang aku takut tu lulus. yeayy. Tak sangka dapat jawab dengan elok. :) Btw dari apa yang aku belajar Programming ni dia sebenarnya macam step yang perlu di lalui untuk dapatkan sesuatu. So kena hafal lah formatnya and so on. Macam juga dalam kehidupan,nak kan sesuatu mestilah plan sesuatu untuk dapatkan sesuatu. Bukan main terjah. Tapi kadang lagi kita rancang lagi tak jadi. Betul ke idakkk. hahaha. Dari sini lah kita kena belajar bertawakkal. Allah adalah sebaik-baik perancang. Andai plan kita berjalan dengan lancar maksudnya Allah restu,kalau sebaliknya mungkin Allah nak beri sesuatu plan yang lebih baik dari apa yang kita plan. In sha Allah. Kita kena yakin dengan Allah.

Yaaaaa,kini bermulalah semester 3. Sebelum ni aku cakap sem 2 dah macam apa kan. Sem 3 ni lagi lah. Aku tak tahu nak cakap apa. hahaha. Maximoooo al credito hour.. hahaha. Mengarut dahh. Maximum credit hour kottttt. haha. Memang semua hard core subject. Boleh hantuk kepala ke batu. Core kn. haha. Dan yang paling tak sabar nak study Mandarin untuk Third Language. hehehe. In sha Allah cuba yang terbaik untuk semester ini. Yahhhh bila bermula sem 3 ni,telah masuk Fasa ke 2 untuk Degree. Second year..

Untuk aktiviti SUKSIS kali ni,sambungan menembak tapi untuk M16 lak. hahah. Hari tu yang Revolver boleh lah. Even benda tu kecik je tapi nak handle dia sangat bahaya. haha. Syukurlah lepas. Janji lulus. Nak jadi sharpshooter memang tak lah. haha. Dapat pegang pun jadilah. :) Kali ni M16,I can't imagine that. Hahaha. Dah lahh besar. Ukur sama tinggi kot. haha. Dan last aktiviti untuk sem 3 ada Program Anak Angkat dekat Perlis. Woooowwwww. hahaha. First time lagi jejak kaki ke Perlis. heheehe. Nak tengok bendang. Mesti cantik. awww~~

Semester 3 :
1. CHM510 Analytical Separation Method
2. CHM520 Physical Chemistry II
3. CHM556 Organic Chemistry II
4. CTU555 Malaysian History
5. ELC500 English For Academic Reading
6. PDM131 Volunteer Police III
7. MGT400 Introduction To Management
8. TMC401 Introductory Mandarin I

Wednesday, August 27, 2014

.RESULT II.

Yaaa sesi yang sangat mendebarkan. hahaha. Result Semester 2 is coming. Apa nak jadilah wei dengan result aku kali ni. Adehhhh.
Study week sem 2 ni lagilah wa cakap lu. 2 hari je. Ni bukan study week,study day. haha. Hmm maybe cuti dalam sem ni banyak sangat kot. So dia tarik lah study week pnya kelebihan tu. Tapi ok jugak kot study week tak panjang sangat,habis exam pun cepat. Boleh pulang ke rumah dengan cepat. Hohoho..
Memang rushing lah nak study,nak siapkan lab report. Lepas tu sem 2 ni aku kena jadi Setiausaha sekali lagi untuk Dinner SUKSIS. hamikkk kauu! haha. Mereputlah kau dalam bilik bersama segala report yang ada. Lab report,dinner report apa lagi. Kau hadooo! haha.
Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar Dinner dan Final Exam.
Resultnya syukur alhamdulillah walaupun dah tak dean list seperti sem 1 dulu. *dia sem 1 je acah-acah dean list ni. Dah makin lama,adehhh. Mungkin kena perbetulkan niat setiap hari. ye dokkk! huhu. Istiqamah istiqamah. hehe.
Syukur sekali lagi dapat jawab Paper Computer Programming dengan jayanyaa yang selama ini tak pernah basic pun. Syukur lulus. yeayy! hihi.
Ayuhhlah terus perjuangan untuk semester 3 pula okayyy. cau cin cau. haha. :)

Thursday, May 29, 2014

.TESTING TESTING.

Assalamualaikum. yaaa hahaha. Kali ni nak post pasal produk kecantikan sikit. haha. Sebelum tak pernah pun try benda-benda produk kecantikan ni. Sebab takut satu,takut jadi pelik-pelik. hahaha. So apa yang aku try nya adalah jeng jeng.. K Colly Sweet 17. haaaaa. Motif aku nak try sebab nak putih lah citer dia. huhu. Masa ni aku beli online harga dia RM130 1 jar besar. Aku agak-agak dalam sebulan lebih kot habis. Cara nak makan dia,amik 1/2scoop masukkan sikit-sikit dalam mulut then dia kena kemam. haha. Umm macam makan sagu tu. Masukkan dalam mulut,kemam sampai dia cair di mulut. aummm. Rasa dia macam berry berry semua tulah. Dan dan dan. Wajib minum air masak banyak-banyak ok. Dia akan lagi mempercepat prosesnya. Tapi kalau tak makan benda ni pun,memang perlu diamalkan minum air masak banyak-banyak tak nak bagi badan dehydrate. Tu yang bibir pecahlah,kulit kering semua. Banyakkan minum air masak tau. ;)

Entah berkesan atau tidak iollssss try dulu hokayy. testimoni lah konon dia. haha. Sebab benda makan-makan ni dia depends juga dengan darah masing-masing. Kalau tidak menjadi maksudnya mungkin tidak sesuai dengan anda.

Tuesday, April 29, 2014

.MENARI.

Assalamualaikum. haaa lai lai lai. hahaha. Menari eaa? Agak-agak sy pandai ke menari. hihi. Sebenarnya minat sangat dengan menari. Tak tahulah kenapa. Memang pantang dengar lagu badan,tangan,kaki semua nak gerak-gerak. haha. Firstly,mula berjinak-jinak dengan menari ni masa sy Tingakatan 1,tahun 2007 masuk untuk persembahan tarian untuk Hari Guru di SMK Tmn Semarak,Nilai,Negeri Sembilan. Masa ni memang tiap-tiap petang akan pergi dekat rumah kawan untuk training. hahaha. Masa tu menari lagu Siti Nurhaliza - Ya Maulai.

2014
Then lepas tu sy dah kena pindah sekolah di Johor. Tapi dah pindah tetap teruskan lagi minatnyaa. hahaha. Masuk pulak pertandingan menari masa Tingkatan 2 tahun 2008 dulu,wakil Daerah Johor dari SMK Puteri Wangsa,Ulu Tiram Johor. Then,masuk ni yang mengajarnya dari Kelab Tunas Budaya. So secara tak langsung join lah kelab tu. Hmm menari kali ni ada 2 genre. 1 tradisional dan 1 etnik. Yang tradisional dia lupa dah lagu dia apa benda. hahaha. Dah lama sangat,berkepul nak ingat balik. Yang etnik tu,yang sy ingat dia kena menari etnik belah Sabah Sarawak sana. Main d ketuk-ketuk buluh. Seronok! heheh. Ni lah first time masuk menari tau. Lepas tu kebetulan tahun tu juga ada pemilihan untuk buat persembahan Citrawarna Peringkat Antarabangsa kt Dataran Johor. Memang teringin nak pergi,dan lepas pemilihannya. Menari ramai-ramai,ada budak-budak semua. Selalu menari pakai kaki ayam ja,tapi masa Citrawarna ni kena pakai high heels ko. hahaha. Memang duk practice dengan heels tu jelah,kang tergolek depan-depan Orang Besar buat malu je. haha. Tapi seronok-seronok pun 1 je rasa cam tak sedap bila join. Masa kena buat persembahan ni, kena buka tudung. Seumur hidup lepas baligh tak pernah pun buka tudung di khalayak ramai,tapi bila dah join sekali tu jelah tak pakai tudung. Rasa sangat-sangat awkward sangat. Bila angin tiup-tiup geli bila tak pakai tudung. huhu. Tulah pertama dan terakhir masuk menari bila tahu kena tak pakai tudung masa persembahan. Nenek pun masa tu tak izinkan menari semua. Jadi dah tak join dh.

Bila dan masuk Universiti,join SUKSIS,tahun 2013. SUKSIS UiTM Shah Alam ni dia terkenal dengan Kelab Tarian nya. Nama kelabnya SUKSIS Seni Kreatif,Tarian dan Artistik. Haaaa panjang ko. haha. Tanya mak boleh tak nak join,time free turunlah training dia. Hmm boleh je,janji pakai tudung. Oklah semua persembahan pakai tudung bukan macam masa dulu. Sebenarnya join sebab minat dan nak keluarkan peluh. Nak pergi jogging pusing 1 taman sampai kesudah tak pergi. Hahaha. Baik menari,keluar juga peluh. huhu. So join lah balik menari setelah sekian lama tinggal. hehe. Pernah buat persembahan untuk Majlis Di IPK Selangor tahun lepas. hehe. Seronok sangat. hihi. Menari dengan 2 buat lagu, Lagu Selamat Datang dan Tarian 1 Malaysia. ;)


Sunday, April 20, 2014

.KEM PGA.

Assalamualaikum semuaa. hihi. Kali ni nak update pasal aktiviti SUKSIS untuk Semester 2. Yipiiiiee. Kali ni aktiviti buat dekat Kem PGA,Tupah,Bedong,Kedah. Seramai 33 orang lelaki dan 34 orang perempuan dari Skuad 10 UiTM Shah Alam selama 5 hari 4 malam. Teringat dulu,teringin sangat nak pergi jalan-jalan ke Utara. Tak sangka bila terpilih dapat masuk SUKSIS ni boleh pergi berjalan ke Utara. hahaha. Ni second time pergi ke Kedah.

Aktiviti kali memang betul-betul menguji ketabahan,kecekalan jiwa dan raga,minda,perasaan semua ada. hahaha. Memang dahsyatlah latihan dia yang tak boleh dapat dari mana-mana sumber. Kena lalui sendiri baru mengerti jerit -perit seorang insan yang bergelar Polis atau Tentera dalam mempertahankan negara. Kagum dengan kecekalan mereka. Tu kami baru lalui sikit tapi hutan bagi mereka sudah menjadi sebahagian dari hidup mereka. Salute!

Banyak aktiviti yang dijadualkan antaranya cara membaca kompas ketika siang dan malam,membaca peta,Jungle Tracking,Pertandingan membaca kompas siang dan malam. Yaa,time buat pertandingan baca kompas time siang ok lagi yang time malam tu,mana yang dapat track panjang memang fuhhh menguji kesabaran betul. Yang lagi menguji kesabaran apa tau,yang Jungle Tracking tu. hahaha. Berjalan masuk hutan tembus entah ke mana tiba-tiba jumpa tempat kuari semua,memang berdebu,panas dan bahang. Dengan tersepak batu jatuh tergolek. hahaa. Yang skuadmate laki nampak aku jatuh memang dah tak peduli dah masa tu. Memang penat yang teramat. Perjalanan dia makan hampir 3 jam jugak kot. Memang nak pitam tapi paksa jugak,bila lagi nak uji ketahanan fizikal. haha. poyo jelah. Padahal rasa nak menjerit,nak mengamuk semua ada. haha. Tapi memang pengalaman lah.

Time malam,memang menjadi kebiasaan akan buat duty jaga tengah malam secara bergilir-gilir. Ada banyak sebab buat semua ni. Bila kita berada di tempat orang jaga mulut,jaga diri,ingat Allah. In sha Allah,Allah akan jaga kita. Pergi beramai-ramai,jangan nak mengada-ada nak pergi sorang. Pumping 10 kang. ahaha. Dari sini lah nak latih semangat kerjasama tak kira masa. Semua orang nak rehat,nak tidur. Aktiviti dia memang dahsyat lah time siang. Setiap pergerakan kena berlari kecuali lepas makan je berjalan. Kau gila lepas makan nak berlari,nak muntah hijau silakan. haha. Lepas tu selama 5 hari kami dekat sini,hanya dibenarkan pakai 2 helai baju warna hijau yang diberikan macam askar tu sahaja. Memang bermucuk-mucuk sesama lah cita dia. haha. Duk pakai baju tu je. Yang penting jurulatih di sana tegas,baik,kelakorrr sangat. Banyak diorang ajar kami. Terima kasih En!  :)


Sunday, March 9, 2014

.KEM ETIKA.

Assalamualaikum. hihi. Okay kali entry pasal first aktiviti as Junior SUKSIS. haha. Aktiviti dia Kem Etika dekat Sekolah Latihan Kontinjen Kedah,Kuala Muda,Sg. Petani,Kedah. Yahhhh. First time okay g Kedah. hahaha. Basically kem ni more to nak kenal-kenal antara satu sama lain dalam satu skuad. Sebab kami ada 70 orang dan setiap sorang mesti kena kenal. haha. So banyaklah aktiviti yang dijadualkan selama seminggu kt sana.

Bila sampai je dekat sana,En Azhar yang in charge kami di sana. Kalau tengok muka dia memang garang laa,tapi bila dah lama-lama memang kelakar . huhu. Dalam aktiviti ni Ketua Skuad kena pilih ahli jawatankuasa untuk program ni. Pilih punya pilih aku kena jadi Setiusaha pulak. haha. Aku dari sekolah menengah memang asyik jadi setiausaha je. Tak tukar-tukar. Masuk U pun kena jadi lagi. Huhu. Tapi masa tu memang kena siapkan macamlah. Kena siapkan dua buku laporan,lukisan untuk dikepilkan sekali dalam laporan untuk setiap aktiviti yang berlangsung masa tu. Masa amat singkat.  Nak kejar siapkan kerja berkumpulan lagi. Memang tidur lambat lah sebab mesti kena siapkan. huhu. Setiap pergerakan kami di didik harus berkawad dan dalam kumpulan.

Antara aktiviti yang dijalankan,semua kena susun kerusi dalam bentuk U,Melukis Topeng,Tiup Belon,Latihan Kerja Berkumpulan. Dlm LDK tu ada lagi aktiviti dia. haha. Sangat banyak. Ada 4 group kena buat dan aku dalam Group Nova. Cheyhh nama. haha. Ada 1 aktiviti berkumpulan kena buat apa tau,kena menyanyi sorang-sorang dekat depan. Weiiiii. hahaha. Masa tu memang pack dengan kena siapkan laporan,kumpul lukisan,nak cipta lagu bertemakan Aku dan Perubahan. hahaha. So last last aku pun nyanyi lagu Kau Ilhamku tapi ada lirik tukar-tukar lah. haha. Tak tahu nak buat macam mana,tak sempat. Segan yang amat kena nyanyi sorang-sorang. huhuhu. Maluuu. huhu.

Hari terakhir dekat sana ada sedikit jamuan untuk jurulatih sebelum penutup. Masing-masing duk berkaraoke. haha. Aku memang penat kena siapkan report tu. Aku just memeriahkan majlis dekat belakang sambil makan dan bersembang dengan En Yeob. Dialah jurulatih dekat Kedah yang banyak tolong ajar macam mana nak buat laporan,then En Khalid lak sikit-sikit bagi idea untuk buat kad jemputan kecil-kecilan,sebab jamuan biasa-biasa je. hehe. Walaupun aku dah pernah jadi S/U tapi masa sekolah bukan semuanya kita yang buat,cikgu yang tolong buat. Ni aku semua kena buat. hahah. Ya Allah banyak sangat pengalaman. Bila dalam keadaan macam tu,aku belajar macam mana nak handle banyak benda dalam 1 masa. Memang kekok tapi sedikit sebanyak aku belajar. Best best. hehehe. :)



Friday, March 7, 2014

.SEMESTER 2.

Assalamualaikum, ya. Selamat kembali ke semester baru. Semester ke 2! hahaha. Selamat tinggal sem 1. fuhhh. Okay sem ni macam tough sikit sebab dalam 1 minggu ada 4 lab okayy. hahha. Gila lahh tiap2 minggu kena settelkan lab report and jotter for each subject yang ada lab. Tu belum campur nk buat assignment,test,quiz and so on. haha. Memang sangat pack. Huhu..
Sem ni pulak kena belajar programming. hahahaa. Masya-Allah rasa nak bernasyid bila tengok. Dah lah tak da basic. Memang awal2 rasa nak menangis nak bagi faham,nak kena hafal dia punya format nak buat program,ingat senang ke. Memang tabik lah sapa yang boleh score benda ni. Memang otak komputer laahh. hahaha. Aku tolonglah,guna pandai aaa,nak reka2 memang tak lahh. Tak de idea nak berfikir cipta benda2 baru ni. hahaha.

Subjek business sem ni marketing. Umm,subjek ni memang time presentation kena semangat lah sebab nak promote product kan. Nama lagi nak market. haha. Subjek ni cam kena banyak berfikir macam nak market barang semua. Pun cam susah gak nak berfikir. Aku tak pandai nak promote barang ni. hahah. Kalu aku jual barang yang kena banyak promote memang ke laut aa cite dia. hahaha. Aku tak suka nak cerita2 kat orang pasal then suh orang beli. Kalau diorg nak beli diorg datang lah. hahaha. Memang kena reject lah orang macam aku ni kalau kerja dekat Department Marketing. hahahah. Aku kerja2 buat report okay lah,boleh layanlah. hehehe.

Untuk subjek chemistry yang 4 tu. Mana yang ada tanda I kat belakang tu. Kot2 lah cam xlulus. Memang kena repeat,sebab dia akan sambungan dia untuk next semester. Kalau subjek tu setahun sekali ke ada. Lagi sakit. Kena lepaskan 1 sem untuk repeat subjek ni then baru boleh sambung yang bahagian ke II. huhuhu. Mintak di jauhkanlah. Semoga semuanya ikut seperti dalam plan. Aaminn. :)

Aktiviti SUKSIS untuk semester ni, akan ada latihan menembak Revolver. hahaha. Menembak betul weeiiii,tak de cubaan. hahaha. Asal lulus sudah lah. hahaa. Then ada KEM PGA (Pasukan Gerakan Awam). Lepak dalam hutan semua tu. huhu. Then hujung sem ni kena jaga Majlis Perlantikan ISP KOR SUKSIS. Mana-mana pelatih yang telah tamat latihan SUKSIS selama 3 tahun akan dilantik sebagai Inspektor. WAAA! hahaa. Sambil study pun boleh dapat pangkat tau. Seronok dapat masuk badan beruniform time Universiti. Nanti buat2 Junior yang baru masuk jomlah join SUKSIS. Tak rugi tau. Masuk ni bukan semata-mata untuk jadi polis je,tapi cari pengalaman then tetap boleh teruskan dengan minat masing-masing. Tak ada paksaan pn semua wajib jadi polis. hehehe. Yahhhh selamat menjalani semester ini Asyrah! :)

Semester 2 :
1. CHM421 Analytical Chemistry
2. CHM456 Organic Chemistry I
3. CHM471 Physical Chemistry I
4. CHM474 Inorganic Chemistry I
5. CSC425 Introduction To Computer Programming
6. PDM121 Voluntary Police
7. MKT410 Introduction To Marketing

Saturday, February 22, 2014

.RESULT.

Assalamualaikum semua. haihhhh macam dah lama je tak update kan blog ni,berhabuk! hahahaa. Setelah sekian lama berhempas-pulas untuk Semester 1 akhirnya habis. Fuhhhh! Syukur alhamdulillah untuk permulaan dapat Dean List. Walaupun tak power but not bad. I still can achieve my goal for the first semester. hahaha. Speaking pulak kn. hahahaa. Untuk semester pertama ni,pengalaman dia tak banyak sangat sebab macam duduk pun dalam kolej,sekadar nak kenal-kenal keadaan sekeliling Universiti yang sangat luas,jogging hari-hari In Sha Allah boleh slim uollssss. hahahaha. Untuk kuatkan stamina and so on. Kenal-kenal hati budi classmate,hahaha. *macam pelik pulak kenal hati budi. hahaha. I mean untuk berkenalan classmate untuk bersama hingga habis study lah. Buddy. hehehe. Alhamudlillah, my sweet friends which are 8 all of us always together until the of our degree and long lasting forever until Jannah,aaminn. ;)
Qyla,Eein,Linda,Fatin,Wani,Nabila. Photografer : Syue. 
Sem 1 nih,banyak subjek yang cam basic jelah, yang paling menarik perhatian Introduction To Economic. hahahaha. gilaaa laahhh,dh lah tak de basic,kena study, memang merangkak-rangkak nak fahamkan,sampai time hari Final untuk paper ni,tak boleh tidur start 12 am sampai ke pagi esok berdebar-debar. hahahaha. Nervous gila. Tak penah rasa macam ni. Exam paper ni petang sebenarnya,tu cam budget masa boleh kot tidur jap. Syukurlh subjek yang paling menakutkan ni Lulus,yang penting tak kena repeat. hahaha. Tp kan,bila kita study benda yang kita tak pernah study kan,dia jadi semangat lain macam,walaupun tal faham still nak fahamkan and sampai satu masa kita akan apply apa yang kita study lagi-lagi ekonomi kan memang sangat berkait dengan kehidupan seharian,sangat-sangat berguna. Luasnya Ilmu Allah. Sampai tak terlarat nak menelaahnya. Selagi berkesempatan study lah,amik peluang,walaupun sakit nak digest kasi faham. hahahaha. And the end of this first semester,I have to let go of my best friend to move to another campus because her faculty have to move to Jasin. Sedih dah tak de kawan paling rapat sejak matrik sampai ke U. Even kenal sekejap tapi keakraban dia susah sangat nak cakap. Apapun kita sayang sgt kt awk,Pika. Awaklah kawan memang 1 kepala lah,hahahaha. Semoga persahabatan kita kekal sampai bila-bila,aaminn. I will miss you. T_T . 
Sy n Pika. ;)
Sekian untuk semester 1. hahaha. Jumpa lg. hohoho~

Wednesday, February 12, 2014

.ROOMMATE.

Assalamualaikum. Alhamdulillah setelah satu semester bersama. Mereka merupakan roommate yg menemani sepanjang 1 semester di Kolej Mawar. Syukur alhamdulillah dengan pertemuan dengan mereka. Semakin lama kini meningkat dewasa,semakin luas pengalaman yang akan kita tempuh. Dengan mereka aku belajar 1 benda. Belajar meluahkan perasaan andai ada yang terpendam. Sebab seumur hidup aku,aku tak pernah luahkan apa yang aku rasa,terasa ke happy ke cam tu jelah. hahaha. lifeless tak,hahaha. I mean kalau aku happy aku gelak lah,kalau sedih aku diam jelah. hmmm gitulah.
Sejak dari matrik,1 tahun di sana aku tidur dalam keadaan yang berlampu. Sebenarnya,amat tidak menyenangkan,tapi aku faham keadaan roommate lagi sorang takut tidur dalam gelap. Takpelah kalau cam tu,tp kadang tak leh nak tidur gak cerah2 kan. So kenalah tunggu dia tidur dengan nyenyak then baru tutup lampu. Begitulah rutin di matrik. Bila naik degree dengan hajat roomate semua jenis tidur tutup lampulah. Then hahaha. Again, tidur juga dalam keadaan tidak tutup lampu sebab study lewat malam. 
1 hari terlepas cakap dengan kawan rapat dia cakap tiap2 hari tak boleh tidur sebab lampu yg besar tu tak tutup. Tengok dia pergi bagi tahu dekat kawan yang selalu tidur lambat tu. Adehhhhh,hahaha. Seumur hidup aku tak pernah2 cakap kt orang,takut dia marah ke apa ke kang. Tak bermaksud apa pun,. Tapi Alhamdulillah,roommate2 ku ini berfikiran terbuka. Duk berkumpul then cerita ada masalah apa sebenarnya. hehe. hmmmm rasa macam dengan family sangat. Susah senang sama-sama. Sama-sama saling faham,dia pesan apa-apa lain jangan pendam,tak baik untuk kesihatan. Boleh je cerita kalau ada yang buat tak selesa. Apa yang terpendam terpendam terluah akhirnya. Sebenarnya bila terpendam dia akan terbawa-bawa bila terpaksa lalui keadaan yang sama. hahaha. Aku okay je sape2 nak study,tak halang pun. huhuu.. Lepas tu dia teruskan jelah study lewat malam tapi tak buka dah lah lampu yang besar tu,buka lampu meja,sebab selama ni dia selalu study dekat ruang tengah. Terima kasih untuk semuanya. Sayang sangat dekat korang. Ada jodoh kita jumpa lagi,in sha allah. Walaupun 1 semester je kita duduk sama2,banyak sangat dah aku belajar at least something dari korang. Semoga Allah selalu melindungi kalian,aaminn. Muahh.

With Nisya,Sakinah,Hanim. :)