Saturday, August 3, 2013

.TEMPAT KERJA.

haa,hari ni dah masuk 2 bulan lebih kerja di kedai baju. Fuhhh.. ada orang kata kerja kedai baju rilek je,tunggu customer datang then serve. hah! Bukan itu sahaja kerjanya,macam-macam kerja kena buat,siap ada jadual lagi. Sungguh dahsyat. Lagi satu yang tak tahan kena berdiri sepanjang hari kecuali rehat. hahaha. Kedengaran seperti sangat kejam,muahahaha! Dah itu polisi kedai tersebut. Puihh!
Jadualnya yang saya perasaan.

Ahad : Sapu kotak. (Alihkan baju/seluar,ikut bahagian yang kita jaga,lepas tu sapulah yang tempat letak baju/seluar tadi then lipat balik baju/seluar tadi. haa,hari Ahad lah palinggg tak suka. huhu. Lepas tu dah siap lap air-cond. fuhhh! )

Isnin : Basuh baju. ( Kalau ada baju macam berhabuk sikit,kena basuh sikit2,guna tangan,guna mesin basuh habis kembang baju nanti,huhu. Time jemur nak memerah kain,kalau nipis2 ok lagi ni yang tebal2,huhu)

Selasa : Gosok baju. ( Haa,dah basuh mestilah gosok kan,perah pakai tangan kot,mesti banyak kedut-kedutan pada baju tu. Gosok-gosok,jangan tak gosok~ haha)

Rabu : Tampal kod harga pada barang. ( Selalu bos pergi office hari selasa. Amik stok baru. Dah sampai kena tampal2 lah harga semua barang-barang ni. )

Khamis :  Lap hanger. ( Kedai betul-betul tepi jalan besar,memang berhabuk jelah. Jalan tu kalau kereta lalu-lalang je tak pe,ni lori pasir,lori simen,haha. Semua ada. Memang tiap2 minggu kena buat kerja yang sama jelah. )

Jumaat : Cuti (Saya jelah,hihi. Cuti bergilir-gilir,ada yang cuti hari Rabu,Khamis)

Sabtu : Tukar baju display. (Tukar baju yang gantung2 kat depan tu dan baju2 patung. hahaha. Tukar baju patung yang tak leh bla nya. Kadang tukar baju sampai cakap,alalala anak mak,hari ni tukar baju baru eh. haha. )

Wan. Rindu kat Wan taw. :)
Macam kerja kedai dobi pulak ek. haha. ya begitulah rutin seharian selama 2 bulan saya kerja part time. hmm,oklah,janji dapat gaji. ^^ Tak lama lagi lepas ni dah sambung belajar balik dah. Mulalah hidup busy sebagai seorang student. hehe.. :) insyaallah. so hari ni last sy bekerja di sini,sebab 1/9 dah lapor diri di universiti. ^^
Ayu. hehe. :)



Bersama Kak Iffah
sampai sinilah dulu sy bercerita,nanti sambung lagi. hehe.. :)

~miss doraemon

Friday, June 7, 2013

.RESULT.

Rindu KMJ,hee..
fuhhhhh! Alhamdulillah. tamat sudahlah penantian yang terakhir ini. haha.. Result final saya. haha. Sungguh menyeramkan. Saya dipaksa oleh mak saya untuk check. haha.. sampai macam tu sekali. tak sanggup nak check lagi,lagi-lagi online nih,aduh lemah semangat sungguh. takut jadi cam hari tu,keputusan temuduga Doktor Perubatan kat UKM. haha.. aduihh,sungguh menyayat hati. Mak pun berdebar-debar jugak tu sebenarnya. hihi.
so saya kuatkan hati,bismillah banyak. SEMAK . alhamdulillah,keputusan yang saya rasa sangat bersyukur. hehe.. PNGK still above 3.5 . syukur alhamdulillah.Mungkin ini yang terbaik untuk saya. Moga Kau beri aku jalan yang terbaik ya Allah untuk sambung belajar nih. Aku serahkan padaMu. huhu.. 
so kemaskini UPU Fasa 2 ni,aku terpaksa berundur diri untuk apply medic. Mungkin aku tidak ditakdirkan untuk ke sana. Tak ada rezeki nak jadi doktor. hehe.. Cuba benda lain lah. hihi.. 
Kusisipkan impian ini jauh disudut hatiku,semoga insan yang layak akan memenuhi impian ku ini,sudah memadai. hehehe. :D

~missdoraemon

Tuesday, May 28, 2013

.KERJA.

haihhhh,dah nak dekat sebulan dah meninggalkan KMJ,huhu. Bosannya,tak tahu nak buat apa,haha.terlebih rehat dah ni. Cari kerja.dah berapa borang isi,haha.
1. Kedai Buku - ni dari lepas habis SPM berangan nak kerja sini. haha.
2. 7-Eleven - haaa,"nanti manager call eh!" haha,sampai sekarang tak call call.
3. KGSK (Kump.Guru Simpanan Kebangsaan) - jadi cikgu ganti bersalin/sakit. hehe. CIKGU.
4. Kedai Kek SDS
5. Kedai jual-jual baju. √

haha,isi lima,alhamdulillah dapat yang last sekali tu,hmm,boleh lah dari goyang kaki tak dapat duit apa-apa. huhu. Yang kedai buku tu dia ada panggil temuduga,huhu. Dalam hati dah berangan dah,wooo bestnya kalau dapat kerja kat situ,hehe. Pergi lah interview dengan kawan,dia pun dapat pangilan interview gak. hehe. Pergi sana,ramai juga yang kena interview,5 orang. huhu. Selalu kedai-kedai macam ni dia nak orang kerja lama dengan dia,tak nak sekejap-sekejap. Kita kan baru habis study so nak kerja sambilan lah sementara tunggu keputusan atau dapat mana-mana tawaran sambung belajar. hehe. Ni first time di panggil untuk interview. huhu. Dia tanya kita jawablah,hehe. Ayat dia yang last sekali,"ok,terima kasih,kalau ada rezeki awak kerja sini,saya akan call/mesej,kalau tak dapat anggaplah tak ada rezeki ye." Baik encik. hehe..
Okay,dah cakap macam tu tak kan nak mengharap lagi,memang kena cari kerja lain lah cerita nya. haha. Semua borang isi,mana yang sangkut panggil jelah,saya ok je,sebab memang tak ada buat apa. hehe. Minggu ni memang mendebarkan betul lah. Tunggu result Temuduga Ijazah Kedoktoran kt UKM,lepas tu nak test JPJ lagi,lagi gila. haha..
Test JPJ,alhamdulillah,LULUS. ni pun repeat,haha. Hari tu tak lepas,so GAGAL lah. hoho. Repeat alhamdulillah lulus,terketar-ketar tahan clutch,lama tak bawak kereta,sakit kaki nak wat tahan clutch.huhu. Yang temuduga tu,huhu,tak ada rezekilah nak jadi doktor. alahai. Dapat pergi ujian Tapisan Kemasukan  hari tu. hehe. Tak pelah,mungkin ada jalan lain. hehe. Semoga Allah memberi jalan yang terbaik untuk masa depan aku,aaminn. =)
so akan start kerja pada 9/6/13. hehe. habiskan sisa-sisa masa yang ada untuk berehat,lepas  ni dah kerja dah. hehe.. Tak lama lagi dah nak puasa. Jangan lupa ganti puasa keyh! ^^ hihi.

~missdoraemon

Tuesday, May 7, 2013

.GITAR.

haihhh,lama dah teringin nak belajar main gitar. huhu. sejak Form 3 tau. haha.. Sekarang dah 19 tahun. Berapa tahun lagi lah tunggu. haha.. suka sangat tengok orang main gitar,tak kesah lelaki ke perempuan. cam,WOW! hehe.. ingat dah habis matrik nanti nak beli gitar lah. hehe.. nak kerja lepas tu kumpul duit,baru beli. hehe.. ada kawan kat matrik,Dzu,dia sangat pandai main gitar,nyayi pun sedap jugak. Kenal dia pun dari roomate saya,Pika tu. hehe. diorang memang kawan rapat dari sekolah lago,so diorang memang rapat lah. hehe.. haa,time free free,ada masa lapang pergilah duduk kat tepi padang sambil tengok orang main bola,then dia petik gitar,saya dan Pika pun nyanyi lah. hehe..
Sumber : Google Image
Gitar Impianku. :)
hmm,sementara dapat beli gitar ni,ada juga lah search macam mana nak belajar,apa patut tahu,apa perlu buat. huhu. jadi banyak juga kot chord yang perlu tahu dan kena HAFAL. haha.. ada A major (A),A minor (Am),A sharp (A#) dan banyak lagi huruf-huruf nya. hehe.. haa,rasanya gitulah kot cara sebutnya. hehe. Kalau ada salah silap tegur,saya masih lagi dalam proses nak belajar. hihihi. Kalau nak belajar lebih lanjut boleh cari kat youtube : cumi1569 , haha. promote nih. mungkin segelintir orang tahu kot cumi ni siapa,hehe. so cari kat youtube untuk lebih faham. hehe.. saya pun belajar dari video yang beliau buat lah. hehe.. Terima kasih banyak-banyak cumi1569 untuk perkongsian video tutorial gitar itu. hehe.. :)
hee,mudah-mudahan ada rezeki nak beli gitar nanti,hehe. tak sabar nyaa! haha..

~missdoraemon

Wednesday, May 1, 2013

.SELAMAT TINGGAL.

"Dahulu aku keliru,hendak ke sana atau ke sini sahaja. Bila kata hendak ke sana,hatiku kuat mengatakan untuk pergi ke sini sahaja. Ya,mungkin ini jalannya. Dahulu aku gentar ingin menjejakkan kaki ke sini. Bimbang aku tak mampu. Kugagahi jua,demi impianku jua harapan keluargaku. Kini aku gentar ingin meninggalkannya. Kurindukan saat di sini,meskipun kusimpan jauh di sudut hati,aku tak ingin terlalu beremosi,kerana cukuplah mereka sahaja. Tapi aku telah memulakannya,jadi aku perlu mengakhirinya. Selamat tinggal KMJ. Terima kasih menjadi tempat persinggahan aku yang sementara. =')"
Habis je paper Fizik(1),hati barulah rasa sebak,walaupun sebelum dah ada rasanya tapi tahan,fokus untuk study dulu,touching-touching lain hari. haha. jahat tak? orang tanya sedih tak dah nak habis matrik? Hmmm,nada sedih je,tapi tak berapa respons sangat. Maafkan aku wahai teman,bukan aku ego untuk tidak menzahirkannya,tapi tahanlah dulu. Semua orang akan sedih akan perpisahan,lagi-lagi dengan orang yang selalu ada bersama dengan kita. 
Semua pelajar diarahkan untuk berkumpul ke dataran untuk berkumpul buat kali terakhir. Tahan punya tahan akhirnya berderai jua. huhu. Sedih tengok orang menangis. Sebak,Allah sahajalah yang tahu. Semoga ada jalan yang terbaiklah buatmu wahai temanku di KMJ. Aku pasti akan merindui kalian,terutama MS4,roomateku. Terima kasih untuk semuanya dan maafkan aku untuk segalanya. 
Lepas ini semua akan pergi meneruskan jalan hidup masing-masing,semoga Allah melindungi kalian semua ok. Kenangan itu tetap ada selagi kita mengingatinya. hehe..  Take care you all,I will miss every moment that we create in KMJ. 

Friday, April 19, 2013

.SAMPAI HATI.

Haihhh,rasa sedih betul lah. Smapai hati betul lah. Ni dah kali kedua dah kau buat aku macam ni. Sedih tahu tak. Kalau ye pun tunggulah aku balik rumah dulu,barulah kau meragam. Ini tak,haichh! Laptop,asal kau rosak lagi. Huargghhhh! Geram tahu tak. Semua benda aku simpan dalam tu,penat aku kumpul,lagu,movie,gambar lagi,ayoyo. Cari pasal betullah. Hari tu hilang dah sekali,barang sentimental value aku semua hilang,sedih. Benda tu ada 1 je,mana ada copy yang lain. Sabar jelah. huhu.. Ni benda yang sama hilang lagi. huhu. Sama ada virus ke microsoft corrupt ke tak tahulah,huhu. 
Haihhh,nampak gayanya balik ni download lagi lah jawabnya,semua hilang. huhu. Hmm,nak buat macam mana,laptop lama,hee,tu pun orang bagi,guna ajalah. hee, tamatlah riwayat dikau wahai Laptop,terima kasih atas jasamu. hoho. 
Mula-mula macam stuck je,oklah tunggu-tunggu ok balik. sekali cucuk pendrive huwarghhh,terus screen macam TV tak ada siaran. Seram jugak tengok,tapi geram,tengah transfer file-file. So,off lah kejap,on balik ok,lepas tu jadi balik. Aikkk,ni dah betul-betul uzur dah ni. Dua tiga kali buat benda yang sama,sama juga. Hiyaakkkk! memang bawah katil kau patut duduk,geramnyaaa.. elak buar piring terbang je laptop nih,haha.. 
ahh,biarlah dah nak rosak sangat pergilah sana,buat sakit mata je tengok. marah ni marah ni. hehe.. 
kalau ada masa,kena jumpa baliklah yang ada simpan gambar-gambar yang penah disedut dulu,huhu,kumpul duit beli laptop baru,bukan 2nd hand lagi,hehe.. insyaallah.. =)

Monday, April 15, 2013

.STUDY WEEK.

Yah,sekarang dalam mood 'Study Week'. hehe. So,mestilah buku dan kertas bersepah bagai. Katil bukan tempat kita tidur dah,buku-buku yang tidur. hehe. ahhh,tak kira. Ini final ko tahu! Stress mak menghadap buku-buku nih. Kata orang dah akhir-akhir ni tah baca lah,pantul je,bukannya masuk. Tidak tidak! Tak kudengar itu hasutan,muahaha.. Selagi ada masa selagi tu lah kita kena usaha,selalu yang study last-last ni lah baru nak faham. Kadang silibus yang SPM belajar dulu yang tak faham-faham boleh jadi faham. haha. Itu cara kita belajar lah. Setia orang kan ada cara mereka masing-masing. Tak perlu disangakal lagi. hoho. 
So minggu belajar ni,memang menghabiskan masa bersama 'roomate'ku,Pika. hee. Study bersama dia dari hari first startnya study week hingga ke saat-saat akhir. Sungguh aku rindu saat ini. Study memang tak yah cakaplah,macam apa. Nak kena recall balik apa benda yang dah belajar. hoho.. berasap kepala rasa. haha.. bayangkan setiap matapelajaran ada 10 chapter yang nak kena cover. kita amik 4 subjek so anda kiralah ye. hehe. tapi tak semualah baru nak cover,memang gila lah nak cover semua. haha. 
Seumur hidup tak penah tidur sampai pukul 4 5 pagi,yah for the last study week,kita wat kerja gila sikit. huhu. penangan nescafe ko. yang roomate pun layan nescafe,kita pun trylah minum. hehe.. 
final PSPM kali ni entah kenapa rasa biasa,tak berebar cam selalu. tapi takut. entahlah. haha. bila fikir-fikirkan balik. ni yang last ok,so wat lah yang terbaik,jangan main-main. FOKUS! lepas habis ni boleh tidur,rehat sepuas-puasnya,sampai rasa boring dah dengan cuti. huhu.. cuba mencari ketenangan dalam diam,mencari semangat yang pergi,entah kenapa begitu senang ia pergi,datanglah kembali. huhu.. Kuatkan semangat,hihi! =) 
hmm,begitu saat genting setiap pelajar yang ingin menduduki peperiksaan penting kan,tak dinafikan. yang memilukan apabila teruji saat ingin menduduki exam yang penting,tapi Allah sayang akan kita,sebab itulah Dia menguji tiap hambaNya untuk menyuntik semangat kita,serta tabah menghadapi dugaan,insyaallah.  
ya,setakat ini lah entry sy pd study week ini. doakan kami semua berjaya,dapat jawab dengan tenang,semoga dipermudahkan segala urusan kami,insyaallah,aaminn. ^^

~missdoraemon