Wednesday, May 1, 2013

.SELAMAT TINGGAL.

"Dahulu aku keliru,hendak ke sana atau ke sini sahaja. Bila kata hendak ke sana,hatiku kuat mengatakan untuk pergi ke sini sahaja. Ya,mungkin ini jalannya. Dahulu aku gentar ingin menjejakkan kaki ke sini. Bimbang aku tak mampu. Kugagahi jua,demi impianku jua harapan keluargaku. Kini aku gentar ingin meninggalkannya. Kurindukan saat di sini,meskipun kusimpan jauh di sudut hati,aku tak ingin terlalu beremosi,kerana cukuplah mereka sahaja. Tapi aku telah memulakannya,jadi aku perlu mengakhirinya. Selamat tinggal KMJ. Terima kasih menjadi tempat persinggahan aku yang sementara. =')"
Habis je paper Fizik(1),hati barulah rasa sebak,walaupun sebelum dah ada rasanya tapi tahan,fokus untuk study dulu,touching-touching lain hari. haha. jahat tak? orang tanya sedih tak dah nak habis matrik? Hmmm,nada sedih je,tapi tak berapa respons sangat. Maafkan aku wahai teman,bukan aku ego untuk tidak menzahirkannya,tapi tahanlah dulu. Semua orang akan sedih akan perpisahan,lagi-lagi dengan orang yang selalu ada bersama dengan kita. 
Semua pelajar diarahkan untuk berkumpul ke dataran untuk berkumpul buat kali terakhir. Tahan punya tahan akhirnya berderai jua. huhu. Sedih tengok orang menangis. Sebak,Allah sahajalah yang tahu. Semoga ada jalan yang terbaiklah buatmu wahai temanku di KMJ. Aku pasti akan merindui kalian,terutama MS4,roomateku. Terima kasih untuk semuanya dan maafkan aku untuk segalanya. 
Lepas ini semua akan pergi meneruskan jalan hidup masing-masing,semoga Allah melindungi kalian semua ok. Kenangan itu tetap ada selagi kita mengingatinya. hehe..  Take care you all,I will miss every moment that we create in KMJ. 

Friday, April 19, 2013

.SAMPAI HATI.

Haihhh,rasa sedih betul lah. Smapai hati betul lah. Ni dah kali kedua dah kau buat aku macam ni. Sedih tahu tak. Kalau ye pun tunggulah aku balik rumah dulu,barulah kau meragam. Ini tak,haichh! Laptop,asal kau rosak lagi. Huargghhhh! Geram tahu tak. Semua benda aku simpan dalam tu,penat aku kumpul,lagu,movie,gambar lagi,ayoyo. Cari pasal betullah. Hari tu hilang dah sekali,barang sentimental value aku semua hilang,sedih. Benda tu ada 1 je,mana ada copy yang lain. Sabar jelah. huhu.. Ni benda yang sama hilang lagi. huhu. Sama ada virus ke microsoft corrupt ke tak tahulah,huhu. 
Haihhh,nampak gayanya balik ni download lagi lah jawabnya,semua hilang. huhu. Hmm,nak buat macam mana,laptop lama,hee,tu pun orang bagi,guna ajalah. hee, tamatlah riwayat dikau wahai Laptop,terima kasih atas jasamu. hoho. 
Mula-mula macam stuck je,oklah tunggu-tunggu ok balik. sekali cucuk pendrive huwarghhh,terus screen macam TV tak ada siaran. Seram jugak tengok,tapi geram,tengah transfer file-file. So,off lah kejap,on balik ok,lepas tu jadi balik. Aikkk,ni dah betul-betul uzur dah ni. Dua tiga kali buat benda yang sama,sama juga. Hiyaakkkk! memang bawah katil kau patut duduk,geramnyaaa.. elak buar piring terbang je laptop nih,haha.. 
ahh,biarlah dah nak rosak sangat pergilah sana,buat sakit mata je tengok. marah ni marah ni. hehe.. 
kalau ada masa,kena jumpa baliklah yang ada simpan gambar-gambar yang penah disedut dulu,huhu,kumpul duit beli laptop baru,bukan 2nd hand lagi,hehe.. insyaallah.. =)

Monday, April 15, 2013

.STUDY WEEK.

Yah,sekarang dalam mood 'Study Week'. hehe. So,mestilah buku dan kertas bersepah bagai. Katil bukan tempat kita tidur dah,buku-buku yang tidur. hehe. ahhh,tak kira. Ini final ko tahu! Stress mak menghadap buku-buku nih. Kata orang dah akhir-akhir ni tah baca lah,pantul je,bukannya masuk. Tidak tidak! Tak kudengar itu hasutan,muahaha.. Selagi ada masa selagi tu lah kita kena usaha,selalu yang study last-last ni lah baru nak faham. Kadang silibus yang SPM belajar dulu yang tak faham-faham boleh jadi faham. haha. Itu cara kita belajar lah. Setia orang kan ada cara mereka masing-masing. Tak perlu disangakal lagi. hoho. 
So minggu belajar ni,memang menghabiskan masa bersama 'roomate'ku,Pika. hee. Study bersama dia dari hari first startnya study week hingga ke saat-saat akhir. Sungguh aku rindu saat ini. Study memang tak yah cakaplah,macam apa. Nak kena recall balik apa benda yang dah belajar. hoho.. berasap kepala rasa. haha.. bayangkan setiap matapelajaran ada 10 chapter yang nak kena cover. kita amik 4 subjek so anda kiralah ye. hehe. tapi tak semualah baru nak cover,memang gila lah nak cover semua. haha. 
Seumur hidup tak penah tidur sampai pukul 4 5 pagi,yah for the last study week,kita wat kerja gila sikit. huhu. penangan nescafe ko. yang roomate pun layan nescafe,kita pun trylah minum. hehe.. 
final PSPM kali ni entah kenapa rasa biasa,tak berebar cam selalu. tapi takut. entahlah. haha. bila fikir-fikirkan balik. ni yang last ok,so wat lah yang terbaik,jangan main-main. FOKUS! lepas habis ni boleh tidur,rehat sepuas-puasnya,sampai rasa boring dah dengan cuti. huhu.. cuba mencari ketenangan dalam diam,mencari semangat yang pergi,entah kenapa begitu senang ia pergi,datanglah kembali. huhu.. Kuatkan semangat,hihi! =) 
hmm,begitu saat genting setiap pelajar yang ingin menduduki peperiksaan penting kan,tak dinafikan. yang memilukan apabila teruji saat ingin menduduki exam yang penting,tapi Allah sayang akan kita,sebab itulah Dia menguji tiap hambaNya untuk menyuntik semangat kita,serta tabah menghadapi dugaan,insyaallah.  
ya,setakat ini lah entry sy pd study week ini. doakan kami semua berjaya,dapat jawab dengan tenang,semoga dipermudahkan segala urusan kami,insyaallah,aaminn. ^^

~missdoraemon









Sunday, January 20, 2013

.KARAOKE.

Yaa,betul ke eja cm tu. haha. hmm,ok,ni first time dapat pergi ke satu tempat yang orang kata seronok,lepas tension. Jadi for the last outing before final exam,pergilah karaoke. hehe. First time nih pergi,huhu. Pergi sana,hmm,roomate cakap boleh tahan murah kat sini,so kitorang amik 3 jam. 3 JAM ko tahu! haha. Sebelum pergi memang kena cakap dengan mak dulu lah,ketahuan nanti mati aku! haha. hmm,diri ini bukan gadis semasa yang boleh keluar,boleh melakukan pelbagai aktiviti luar tiap-tiap minggu,malah tidak pernah berkata TIDAK pada setiap arahan keluarga selama aku hidup. Orang dengar macam terkonkong,ya mungkin juga,tapi telah terbiasa,mungkin ada hikmahnya kenapa begini. Semua orang dalam hidup ini ada jalan hidup mereka masing-masing,samada diri mereka yang tentukan ataupun boleh jadi orang lain yang telah menentukan ke arah yang baik atau sebaliknya. Lebih baik begini,biarlah tidak tahu erti keseronokkan dunia dari lalai diulit olehnya. Dalam Islam pun tidak melarang kita berhibur,tapi berhibur perlulah ada hadnya,asalkan tidak melalaikan dan terjerumus ke lembah kemaksiatan yang berleluasa. Jadi,saya yang telah jejakkan kaki ke sini,bersama roomate sahaja.NO BOYS! huhu. Lagi okay kot,sejantina sahaja. Datang ke sini sekadar ingin tahu bagaimana keadaannya,teruk sangat ke,atau ada benda mengarut-ngarut,huhu. Tapi okaylah,family izinkan,tak ada masalah,hee. Dapat pergi dengan tenang. Roomate pun dah biasa pergi karaoke,dengan family dia,kawan-kawan rapat dia,so dia okay lah,macam protect saya nak pergi sini,haha,dia tak ada lah ajar bukan-bukan. So 3 jam amik,macam-macam lagu lah layan ek. Saya cuma layan lagu slow rock,balada,senang cerita lagu lama-lama lah. LEGEND. hehe. Memang hobi suka menyanyi,bila pergi sini dapat pegang mic. hehe. Nyanyi lepas jelah,tak pernah pergi,mungkin pertama dan terakhir,huhu. Selalu nyanyi dalam bilik je,tak de lah pulak yang nyanyi di khalayak ramai,lagi-lagi pegang mic. huhu. Pernah pun sebab masuk nasyid,jadi solo,tu jelah. haha.. Yang lain tak ada. hee.. Segan ohh nyanyi depan orang. Nyanyi depan suami tak pelah,haha. Amboi, =P
Memang pengalaman lah,kadang takut juga nak pergi ke wayang atau karaoke ni,entah mungkin tak biasa,hati rasa berat nak jejakkan kaki ke sini,bagi saya cukup tahu sekali okaylah,huhu. Jangan ketagih dah lah,tak suka sangat ke tempat-tempat macam ni sebab gelap,haha. Pokok pangkal hati lah,kuatkan hati,kalau pergi ke tempat orang kena pandai jaga diri,jangan terlalu lalai,ya lah,kadang kita tak tahu apa yang akan jadi pada diri kita,takut pulak rasa,hehe. Semoga Allah sentiasa melindungi diri kita sahaja,itulah jelah yang terbaik. Boleh berhibur tapi jangan melalaikan,hehe. =) karaoke seronoklah jugak! hehe. >.<

~misssdoraemon

Thursday, November 8, 2012

.PRANK.

Assalamualaikum,haihh.. Lama tak post kt blog nih. Hehe,busy dengan exam PSPM. hee, :)
Ok,cte kali ni. First time kena 'PRANK' atas sebab birthday,haha. Ishh,kenangan yang tak boleh dilupakanlah.
Hee,birthday sy jatuh pada 30/09/1994. Classmate sy (Geng Cantas) rancang nak kenakan sy semalam lg. Apesal lah tak perasaan,aishh.. Mulanya,asal dari admire sy.. Haha,lawaklah boleh ada orang admire, cam.. Cubalah bukak mata tu besar-besar siapalah aku nih,bukannya ada apa pun. Banyak kekurangan adalah. Huhu,maaf sekali lagi,kehadiran dan caranya tak kena pada masanya. Bukan nak sombong apa lagi meninggi diri,cuma keadaan tidak menizinkan untuk kita bersua kenal dengan rapat,terlalu mendadak. Dan menakutkan kot. Dengan kenangan yang belum pernah terpadam. Haha,btw sy still ingin berkawan. Sy tak da lah kejam sangat sampai tak terima orang sebagai kawan,huhu.
So,classmate sy nak prank sy dengan guna nama admire sy. Haha,ee,jahatnya tw. Caranya..
"Asyrah,bak phone awk jap nak dengar lagu lama-lama. Rasa cm nak berjiwang lak," amboi taktiknya classmate I nih. haha. Dengan tak tahu apa bagilah. Dari sini diorang start wat projeknya. Tukar nama budak  admire tu dengan nama classmate sy lagi sorang nih.Kira kalau kawan sy mesej,yang keluarnya nama budak admire tulah. Sebelum tu,diorang buat macam mesej dengan admire tu,taktik nya sama,diorg tukar jugak nama laki dengan nama kawan sy yang menyamar jd laki tuh dalam phone kawan sy lagi sorang,menyirap tak? Haha. Dalam mesej tu katanya. Dia tak boleh nak lupakan sy,dia rasa tak keruan,sy lah yang membuatkan dia tiba-tiba jadi cam ni. Kawan sy mestilah backup sy,marah dia. Kau dah kenapa kacau-kacau Asyrah,kesian dia tau tak. Kau tak tahu apa tak yah lah sampai cam ni. Disebabkan cinta kau merana hidup dia. Dia dah trauma lah bai,pleaselaahh. Cara kau nak kenal dia pun silaplah bro,hati dia tak leh terima. Dia anggap kau cam kawan je,janganlah seksa batin dia. Haa,kau ayat lakonan yang mantap. Mana sy tak percaya,rasa cam benda tu betul je. Sy dah lah cop mamat tu menakutkan,tiba-tiba cakap cam tu,lagi menakutkan kot. Then,lagi sy rasa menyirap tahan gaban. Kebetulan hari last class tu sy tak datang sebab keadaan kesihatan tak mengizikan. Semuanya berlaku secara kebetulan. Sabar jelah. Bijaknya classmate sy prank kn sy. Huhu. Dalam mesej tu,yang kat dalam phone kawan sy. Kawan sy marah dia,aku tak tahulah kalau Asyrah tahu kau confess dalam kelas,satu kelas tahu kau suka dia. Kau,terkejut berok baca mesej tu. Cam,agak-agaklah ye pun. Hati walang dah,rasa geram bercampur-baur dengan takut,malu. Satu kelas tahu,what!? Tengah scroll down mesej sampai bawah,tiba-tiba..
"Assalamualaikum,boleh kita jumpa tak,sy d hal nak cakap dgn awk," mesej yang bernama admire tu masuk inbox sy. Padahal sebaliknya kawan sy tuh,dia mesej depan mata sy je tw. Haha,sangat professional. Memang tabiklah. Dalam keadaan geram dengan apa yang dia cakap dengan kawan sy tuh,nih mesej sy nak jumpa lak,gila ke apa. Memang sabar jelh. Sy berkeras tak nak jumpa dengan dia,dia paksa-paksa sy. Last sy tanya nak cakap ape je sebenarnya,teknologi kan ada,tak yah nak jumpa-jumpa sangat. Tahu dia cakap apa,"Just want to say I LOVE YOU!" Ya Allah,rasa cam nak baling je phone nih. Tekanan melanda dah. Then,malas nak reply. Dia pergi mesej kawan sy lak,paksa sy suh pergi jumpa dia gak,sekarang. Ni memang gila. Tak berapa lama kemudian,mesej masuk lagi dalam phone sy. Yang ni memang ayat wat sy nangis,geli,geram,takut. Tabiklah boleh menyamar sampai cam nih sekali. "Sayang,tahu tak sy tak boleh nak tidur,bibirmu buat sy tak lena nak tidur malam,bla bla bla.." Ayat depan tu,huwaa.. Berhamburan air mata baca. Serius takut sangat! Faham tak. Pastu diorang dah nampak sy nangis. "Weih,ajak dia keluarlah jap,kt dalam nih panas,kat luar sejuk sikit boleh dia cool jap," Sorang kawan temankan sy,tenangkan hati. Time nih lah diorang susun-susun barang-barang dalam bilik,hias-hias walaupun biasa-biasa. Susun burger atas meja. Burger? hehe.. Dah ok,sy masuk bilik. "SURPRISE!!!" eeee..jahatnyaaaa..
Kawan yang duk mesej dengan kawan sy yang bertopengkan nama laki tu,terus peluk sy,minta maaf. Hah,lagi lah banjir mata nih. Aduhai.. Kan dh kena prank dh. hehe.. Laki tu tak tahu pun pasal benda ni,guna namanya secara haram. Hehe,kesian dia,tak pasal-pasal kena sumpah seranah,haihh.. hehe.. Maafkan sy. Tulah pengalaman tak lupakan kt Matrik nih. hehe.. Berderai ketawa malam tu,aisshhh. hehe. Malu pun ada gk. Kenangan.. :D                                                                                                        

~missdoraemon..

Thursday, September 27, 2012

.DIA.

Assalamualaikum,hee. Hari ni tiba-tiba rasa nak post pasal "Soulmate". Bismillahirahmanirrahim,sudah tertulis di Luh Mahfuz sebelum kita dilahirkan lagi. Di sini Allah telah catatkan segala isi rahsia tentang kehidupan kita salah satunya JODOH. Sangat indah bila menanti si dia yang telah di tetapkan oleh Allah. Paling manis,ketika dua orang saling merindu,namun tidak berkomunikasi. Tetapi keduanya saking mendoakan di dalam sujud masing-masing.
Hmm,manusia diciptakan di atas muka bumi ini untuk mentadbir bumi ini dengan penuh keadilan. Manusia juga diciptakan untuk saling berkenalan di atas muka bumi ini untuk memperkukuhkan lagi semangat persaudaraan antara kita. Ingin mengecap keharmonian yang sejahtera di dunia dan di akhirat itulah yang diimpikan oleh setiap orang tanpa mengenal usia. Itulah salah satu nikmat yang tidak ternilai dari Allah. 
Remaja,,
Sudah menjadi lumrah hadirnya cinta dalam jiwa mereka. Ada juga yang melewati usia remaja mereka tidak pernah terlintas mahupun ingin merasainya. Ada juga yang mengatakan "Apa benda jelah angau tah pape,tetiba ketawa," tapi bagi mereka yang telah melewati zaman remaja mereka yang diketuk satu perasaan yang sulit untuk dipertengahkan mampu berkata " ala,nanti kau tahu arr.." cewah mana tahu nih! haha.:P
Hari makin hari,jiwa terusik dengan madah asmara,terasa diri disayangi hanya dia sahaja yang mampu memahami kita. Kata orang "Engkaulah penawar bagiku untuk selamanya.." hmm,yelah! 
Remaja yang sering dikaitkan dengan konflik jiwa remaja sehingga membawa mereka pada persimpangan dilema hanya mampu termanggu mengenangkan nasib diri jika buntu mencari jalan penyelesaian terutama dalam soal CINTA. "Hey,ape pun tak boleh!" "Makan tak kenyang,tidur pun tak lena,mandi tak basah." Ayat paling sinonimlah tak kira tengah HOT bercinta atau TENSION bercinta. Cewah. 
Hadirnya bagai sang bayu tanpa kita sedari,perginya pula bagai taufan yang meninggalkan sejuta pilu. Itulah yang sering kita dengarkan dari mereka yang lalui keadaan ini. "Hmm,kenapalah aku jumpa dengan dia?" Biasalah.. Hadirnya tanpaku sedari menggamit kasih cinta bersemi. Hadir cinta insan padaku ini,anugerah kurniaan Illahi. Andainya cinta itu hadir dengan penuh keikhlasan,keramahan pasti ia akan bersemi penuh dengan keindahan. Bila dah terluka susah nak pulih. Terasa pintu hati dah betul-betul tertutup. Memang tak boleh nak terbukalah.Cucuk kunci apa,apa-apa pun tak boleh. haha.. Macam trauma pun ada. Hanya kunci yang sama kepala dengan hati kita je boleh buka. Hmm,maksudnya orang betul-betul ditakdirkan untuk kita lah. Bila nak mula sayang je aishh.. Sejarah mungkin berulang. Hmm,mungkin belum tiba masanya. Kan kan. :) Apabila terkenangkan sejarah yang lalu,itulah sebenarnya pemangkin bagi kita untuk lebih bersemangat meskipun pada mulanya membuatkan kita rasa dunia ni dah tak bermakna. "Aishh,jangan cakap cam tu." Kita terlupa sebenarnya,meskipun ALLAH menghilangkan yang baik dari hidup kita,mungkin Allah ingin menemukan yang terbaik untuk kita. Yakinlah dengan janji Allah. Cinta ALLAH dan RASULULLAH menjamin kebahagiaan selamanya,insyaallah. Bila dah SINGLE nih,aishh.. Tengok orang lain tengah happy dengan si dia membuat kita teringat pada sang pujangga yang dulu datang mengukir cinta di hati kita. Tengok orang lain tengah sedih dipujuk oleh kekasihnya membuat kita rasa diri ini ditinggalkan sepenuhnya. "Hmm,rindunya pada kenangan itu," Bila kita mengharap sedetik pada cintanya terasa banyak lagi kekurangan untuk kita miliki.. Dan,, tak mungkin kita milikinya lagi. Cinta dimiliki lebih indah dari cinta memiliki. 
Apabila diri kita dimiliki sebenarnya dia dimiliki oleh kita. Tapi memiliki hanya mampu membuat kita bertepuk sebelah tangan bila bersamanya. "Oh cinta.."
tapi orang kata "SINGLE itu SWEET."
Usah bersedih andai kita sedang keseorangan tanpa si dia di sisi. "Dunia belum berakhir bila kau putuskan aku,masih banyak teman-temanku di sisi menemaniku.." hehe.
Kita tengah single nih. Allah bagi kita peluang kat kita untuk cari yang betul-betul terbaik untuk kita. Usah bersedih. Itulah konflik jiwa remaja. "Hm,lelaki yang baik untuk wanita yang baik,wanita yang baik untuk lelaki yang baik. Itulah janji Allah. Mengharap kasih lebih baik dari dimiliki tapi tak dihargai. Fuh,ayat! hehe.
Bersamalah kita berdoa moga kita ditemukan jodoh yang baik untuk menjadikan diri kita yang terbaik untuk diri sendiri,keluarga,kehidupan yang terbaik dunia dan akhirat,insyaallah,amin.. :D
Pengganti yang terbaik adalah suami atau isteri yang dianugerahkan pada kita bila tiba masanya nanti untuk kita melayar bahtera ke muara cinta yang Engkau redhai.. La Tahzan (jangan bersedih). 
Salah satu cara untuk kita mengecap kemanisan iman ialah mengejar cinta Allah dan Rasulullah serta menyayangi sesama makhluk kerana ALLAH.. tq

~missdoraemon..

Sunday, June 10, 2012

.KMJ.


Assalamualaikum. Haihh. Tanggal 28 Mei 2012 hari tu. First time kena berjauhan dengan family selama tak sampai setahun pun. hee, Alhamdulillah sy telah mendapat tawaran untuk ke Kolej Matrikulasi Johor,Tangkak,Johor. Selama seminggu nih adalah minggu orientasi kami. Macam-macam jenis tepukan di ajar oleh akak-akak dan abang-abang fasi. Yang penting seronok. hehe.. Terbaik! Dalam minggu ni juga,kita akan tahu kita akan masuk Modul mana yang dipilih,tak berkenan boleh buat rayuan pertukaran ke Modul lain. 
Nama saya terletak dalam Praktikum MS4. Fasi Praktikum kami akak Nur Amira Hanis. sangat cute. :) Roughly,praktikum sy,diorang sangat sporting,kelakar. Kira time belajar tak da lah stress sangat,kalau straight je. Tepu kepala. haha. Mula-mula tak nampak lagi,dah lama nanti. hehe. Termasuklah yang menaip nih,haha. Macam-macam perangailah nanti keluar. Bersiap sedia jelah. haha. 
Macam-macam bendalah dengar,masuk matrik nih tension,semua nak serentak,bla bla bla dari dulu sampailah masuk matrik. hah! sekarang baru rasa penangannya. Mula-mula start class ok lagilah. Start masuk lab,lagi excited. Yang bertambah-tambah rasa getaran di kalbu kau. haha. Kena buat lab report,by your own. hah! huishh,kelam-kabut gak. Cari sana sini. Kerja tutorial tah ke mana,report tah ke mana. Rasa tak terurus pun ada gak. hihi. Baru nak sesuaikan diri,macam-macam hal lah. 
Dah lama-lama. Baru nampak masa mana nak meyelit pergi makan jp,terlelap jap,haha,siapkan kerja terbengkalai separuh jalan. Memang tak cukup tidur pun ada gak,tapi cari masa untuk cukupkan tidur. Tidur tak cukup memang jihad lah dalam kuliah,1 pun tak dapat apa,tertidur je nanti. huhu. 
KMJ. Boleh tahan besar gak lah tempat nih. Nice! Yang penting dekat dengan gunung,insyaallah akan selalu hujan. haha. Sejuk je rasa.. ^^ 

Depan HEP.







MS4